Cerita tentang Berdikari

/
0 Comments

Assalamualaikum :) Hai.

Update blog santai-santai.

Berdikari? Jika merujuk maksud di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka (ewah), berdikari membawa maksud:

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu perkara tanpa bergantung kepada orang lain atau Berdiri atas kaki sendiri; tidak bergantung pd bantuan orang lain

Dalam hidup, kita memang saling bergantungan, saling memerlukan Yang pesakit memerlukan doktor untuk mengubatinya. Murid memerlukan cikgu untuk mengajarnya. Ya, kita saling bergantungan dan memerlukan tetapi tidak bermaksud diri kita kena sentiasa bergantungan pada orang lain. Pada satu ketika, kita sendiri perlu berdiri di atas kedua kaki kita.

Suatu ketika dahulu, fairuz sering tertanya kenapa ayah dan kakak selalu biar fairuz selesaikan perkara sendiri. Jika dulu sekolah asrama di seremban, waktu cuti selalunya kena pulang ke k.l sendiri menaiki bas. Belajar di kedah juga sama. Hanya perkara penting sahaja baru melibatkan ayah seperti:

- First day daftar belajar
- Habis belajar-bawa balik barang banyak
- First day ke sekolah
- First day interview
- First day seminar

Boleh kata, first day aje la. huhu. Hari selebihnya akan dikeluarkan peta/arahan/cara bagaimana hendak ke destinasi. Siap ada buku peta K.L selangor tau. Kalau kakak pula, kalau minta hantar ke shah alam.. bukan main susah lagi :) tapi adakalanya dia hantar juga adik dia ni.

Bila dah biasa, semua perkara dah tak terasa susah. Senang ajer naik bas dari K.L ke Shah Alam. Kalau tak tahu, tanya ajelah operator bas.

Bila dah besar, baru tahu. Bukan berkira tapi nak mengajar untuk berdikari. Ahh... rasa bersyukur sangat! Sekurang-kurangnya, perkara-perkara kecil masih boleh pius lakukan tanpa mengharapkan bantuan.

Bagaimana bila kita berhadapan dengan orang yang tidak mahu memajukan diri? tidak mahu belajar berdikari? Semua perkara orang lain pula yang kena lakukan untuk dia. Nak apply kerja, kita kena uruskan. Resume kita kena buatkan. Nak naik bas, kita kena belikan tiket. Nak balik, kita kena berambil dan berhantar. Tidak mahu belajar naik bas. Tidak mahu belajar cara menulis resume. Semua perkara orang lain yang perlu uruskan. Bila melibatkan sesuatu perkara yang kita tidak tahu, kita boleh merujuk pada orang lain. Nak tulis resume? internet kan banyak contoh.

Bila kita tidak tahu sesuatu lah, kita harus belajar. Peluang untuk kita menambah ilmu pada diri. Bukan hendak berkira tetapi belajar lah bila melibatkan sesuatu perkara yang ingin kita lakukan. Bukan sesuka hati meletakkan sepenuhnya pada orang lain. (Emosi pulak)

Umur 21, kecil lagi kah? Wajarkah tidak tahu menaiki bas? wajarkah tidak tahu menulis resume?

"Lelaki memang lambat matang" Inilah ayat yang membuatkan ramai lelaki lambat matang! Susah nak matang. Sebab semua orang layan sebegitu.

Tetapi bab mencari kekasih, terlebih matang pula. Apa kejadahnya semua ini???

Fifi Fairuz Fuyooo Melaporkan edisi teramat serius ini.

Takde la, pius takde lah marah cuma..... yela, dah besarkan. Kita sepatutnya dah boleh buat banyak perkara asas tanpa bantuan. Cuma kadang-kadang kita ni malas berpikir, malas nak pikir solusi. Yang kita tahu, nak senang sahaja. Orang lain pun belajar bila nak buat sesuatu yang mereka tidak tahu. Tidak pandai berkomputer, belajar. Tidak tahu buat sushi, belajar. Tidak tahu menulis, belajar. Tidak tahu memasak, belajar memasak. Tidak tahu cara nak balik kampung di kedah, google. Haaa.. kan senang. Malas je sebenarnya punca dia.

Kalau kita nak senang, upah PA. Bayar tiap-tiap bulan. Upah driver, bawa pergi mana-mana.

pss: entry ini telah diperam selama 6 bulan lamanya dan ditulis dalam keadaan sangat beremosi. haha. sekian berita jam 12.



No comments:

Powered by Blogger.