it's friday

/
0 Comments

Comel je gambar ni :) macam tuan belog. eh.

Pius tak ada apa nak cerita tapi tangan ni sangatlah sibuk nak menaip. Dari tadi tengok draft kot-kot ada lagi entry yang terperam lama sangat. erk... memang ada pun tapi dah lupa jalan cerita. haha. 

harini pius setelkan dua design je. Nak capai target setiap hari minimum siapkan dua tempahan. Nak capai target bulanan yang lebih stabil. InsyaAllah :) Insta untuk kalerfess dah lama pius tak update. banyak update insta untuk sticker sahaja. Pius rasa elok pius fokus satu produk dulu. Bak kata pakar, boom kan dulu satu produk baru beralih kepada produk baru. Betul juga. banyak perubahan yang dirasai :)

Baru setel kerja. dah pukul 6.30 dah pun. tadi start kerja lambat. ngeehhh. 

Tadi ada customer ni whatsapp, di 'bro' nya pius. haha. Layan jela. Kata flexible! Dia tak tahu la tu, kemungkinan rakan (customer) dia bagitau nama fairuz sahaja tanpa perkataan cik di hadapan. Benda-benda macam ni kekadang buat diri ketawa terbahak-bahak. Takpe, kita layan kan ajer perbualan sesama 'lelaki'. ngeh.


gambar edit.
Gambar edit, kot la korang boleh teka tang mana yang di edit. Terel la kiranya boleh teka tu.

sambil buat kerja tadi, rasa nak mengunyah je. makan nasi taknak. nak makan merapu je kerja. Kebetulan dekat dapur penuh air kotak baki dari majlis kahwin haritu. Asal haus je capai air kotak, coklat bar. Tetiba pulak nampak kotak pati ikan haruan. 

pati ikan haruan
Nampak luaran macam sedap semacam je. 

pius  : kak ani, nak rasa satu.
k.ani : ambil lah (sambil susukan anak) 

nak sangat ~

Rasa dan bau dia yek yek, nak muntah. eeeeee... macam mana la dia (k. ani) boleh kata rasanya boleh diterima.  

air kotak la jawapnya.
okay dah magrib.


No comments:

Powered by Blogger.