Mental breakdown

/
0 Comments
Semenjak dua menjak tiga menjak ni selalu sangat skip makan tengahari. Malam jangan tanya, pukul 10 kot baru nak makan. Itupun kalau ingat nak makan la.Bila dah duduk depn komputer memang perut ni rasa kenyang jela. Makan kerja agaknya.

Sebenarnya pius ada lagi dua kerja tak setel tapi hati ni rasa malas yakmat nak buat. Asyik pikiaq pasal glow in the dark je. Parah sorang ni.

Sob sob sob.... pikiran ni kenapa ya asyik fokus dekat bintang je. Tensi pulak jadinya selagi tak capai hasrat di hati. Haha.. berhasrat betul tu.

Sabtu dan ahad lepas kakak pius kahwin. Nikah buat rumah nenek which is rumah lama, bilik pius dulu. After majlis kengkonon la rajin nak mengemas rumah nenek. Kengkonon... padahal datang masuk bilik terus tidur. Hahaha. Pukul 12 malam baru terjaga. Penat kot, da lama tak beraktiviti ( baca-malas senam)

Okay la, decide tidur je situ esok baru balik. Tutup lampu.

Eh, bintang! Rinduuuuuuuuuuuui. Terlupa pulak bilik ni ada bintang. Hasil kojer fairuz jaafar. Dulunya bilik tu ada banyak bintang, penuh satu syiling la senang cakap. Setiap hari lepas balik sekolah rendah, mesti singgah kedai tepi jalan beli bintang kecik-kecik sepeket 20sen. Adalah dalam 20pcs satu pek. Memang tu la bintang paling kecik pius pernah jumpa setakat ni.

Sampai rumah kedegung kedegang bunyi syiling bilik aku tu. Yolaaa, pendek kan. Tak sampai nak lekat bintang tu. Aku ambik jela penyapu, letak star tu kat hujung then lompat. Hahaha, melekat la star tu kat syilling. Sampai penuh semua ruang. Suka tahap super saiya!

Sampai la aku dh besar, tetiba pulak mak oden nak menyapu cat satu bilik termasuk syiling. Sekali dengan bintang-bintang kena cat.

Mental breakdown..... haha

Time tu tak jumpa lagi dah bintang saiz mikro. Mana-mana tempat pius pergi semuanya bintang saiz besar. Beli jugak tu. Kasi hati puas. Asalkan nampak macam star.
Tapi harini nak jugak star saiz mikrooooo. Bilik pius yang super duper gelap ni mesti sangat best kalau ada bintang. Habis satu internet aku jelajah tak juga jumpa dekat mana boleh beli. Omputih tu adalah tapi cas pos je dah RM80 henget. Apa kejadahnya. Semalam cari dekat mall, ado yang besar gabak je.
Hurm, boleh kot guna pen glow in the dark.

Kena cari kedai art ni.

Persoalannya macam mano nak titik kat syiling. Pinjam tangga bomba leh?



No comments:

Powered by Blogger.