Tiada angin

/
0 Comments
Assalamualaikum, hai

Memang malam ni takde angin, harapkan kipas je. huhu. Alhamdulillah :) selesai sudah majlis akad nikah dan bersanding kakak kepada fairuzjaafar pada 21 dan 22 mac. Amboi senggih memanjang je dia. Atas permintaan pengantin yang tidak mahu gambarnya bertebaran di laman sosial maka tiadalah gambar beliau yang pius upload di facebook mahupun di sini :)

Jumaat malam dah berkampung di rumah nenek menyiapkan apa yang masih belum selesai. Sempatlah pius mop lantai juga tonyoh bilik ayo. Oh! saya tolong buat sirih junjung jugak! haha. Selalu bab hantaran mak yang uruskan, so kira first time la buat sirih junjung. Okay dah boleh buka tempahan. haha.

Tengah sibuk mengemas tiba-tiba dari kejauhan *eceh* terdengar suara nenek. Tajuknya "tiada angin". Kebetulan waktu tu berangin sampai terbang-terbang langsir. Apa yang takde anginnya? langsir tepi pelamin sampai terkoyak terkena kipas sebab angin. Okay, fine............. mengata aku rupanya! haha. Malas nak layan. Berdasarkan pengalaman, kesemua akak pius yang dah kahwin tak kenal lama pun dengan husband. Kenal kejap terus kahwin. So? kesimpulannya tak payah mencari. haha.

Ada juga anginnya, tapi kejap je pastu aku dah malas. Haha. boleh tak?

Nak taknak, kali ni pius kena juga jadi pengapit. Tahun lepas dah lari, terpaksa kak long ganti. tapi kali ni non ado! dengan alasan orang dah kahwin tak sesuai jadi pengapit. Terpaksa la kita interframe kejap. Gambar selfie malam nikah banyak dekat handphone kak long. tak dapat la belanja gambar selfinot. Esok lusa la kalau ingat.

Diy back drop


Sehari sebelum kejadian, paksa anak buah tangkap gambar auntie pius
 Majlis bersanding berlangsung di Teratak Datin Halijah (Nailis sentul). Lawa tempat ni :) Punnn... kena jadi pengapit. Tak dapat hamba bergaya bersama mereka. sob sob sob..



terkeluar tema
Huhu, sensorang terkeluar tema. sob sob sob. Last minit baru tau kena jadi pengapit. haha. Inilah yang sempat grap (tema kuning). Lumrah kehidupan, huhu. tiba-tiba lumrah kehidupan dah kenapa? Lepas ni turn pius. Malas sebenarnya orang mengusik apatah lagi bila diperkenalkan dengan bakal-bakal mak mertua. hahaha. Tolonglahh~ Siap snap gambar muka depan-depan. adoiiiii.

Pius: mak, orang nak kahwin dengan bisnes man je sebab dia paham minat orang, boleh sokong each other dan ada banyak masa untuk self development.

Boleh tak nak request macam ni?? huhuuuu ^_^"

Note: Erk~ ada lagi 3 design tak siap lagi! go fairuz go!


No comments:

Powered by Blogger.