Perangai malas mandi

/
0 Comments
Pius memang ada perangai malas mandi terutamanya menjelang malam. korang ada malas-malas camni tak? ke aku sorang je yang pemalas. Kalau petang still tak mandi lagi, makna kata tengah malam nak tido baru aku mandi. Bila semua orang dah masuk tidur, bila semua orang dah berdengkur. Perangai mana datang pun aku tak tau... lol

Bila perangai malas mandi ni datang.. mula lah tangan aku ni gatal mencari bahan-bahan untuk buat scrub muka, tangan dan juga kaki. nak qu puteh kan.. puteh puteh baru lah puteh. haha.

Alasannya untuk mencari mood mandi juga bila dah pakai scrub nanti memang terpaksa masuk bilik air dan mandi. Jadi jangan tanya kenapa serbuk kopi, serbuk kayu manis, baking soda, madu dan segala rencah dekat dapur cepat habis. haha.

Serbuk kayu manis + madu = mask

Serbuk kopi + air = scrub muka, tangan dan kaki

Baking soda + air =  rambut

Asam Jawa = Scrub muka, tangan dan kaki

Tengok la mana rencah yang ada dekat dapur tu. Kalau dah habis kopi, aku kerjakan serbuk kayu manis pula. haha. Tak kisah la asalkan ada scrub for sure perangai malas mandi terus hilang. Lagi satu yang baking soda untuk rambut tu, aku baru jumpa dekat pinterest untuk rambut kering. Serius berkesan untuk rambut pius.

caranya macam ni.

- 3 sudu baking soda + 6 sudu air
- sapu dekat rambut dan tunggu kering
- bilas dengan air panas
- bilas dengan bancuhan cuka
- bilas dengan air sejuk

Memang macam renyah sikit tapi bagi aku yang kadang-kadang malas mandi malam ni, memang perkara mudah je. Sejak guna baking soda ni, pius pun dah jarang guna syampu. Kadang-kadang je guna sebab bila guna syampu (ada bahan kimia) rambut memang akan kering. Baking soda pius akan guna seminggu sekali macam tu la. ikut kerajinan juga keadaan bahan mentah semasa. huhu.

If guna syampu, pius akan sapu minyak safi dekat hujung rambut dulu sebelum mandi. begitu kekdahnya.

sekian fifi fairuz fuyoo melaporkan edisi teramat serius ini dengan iringan doa, semoga mak tak jumpa blog fairuz.


No comments:

Powered by Blogger.