Ahad lepas Shira kawen. comel sangat! first time rasanya tengok dia makeup.
Beberapa hari sebelum majlis, dia ada mesej something funny yang buat pius rasa macam nak gelak guling-guling. Sangat funny. Tapi sayang wasap ketiadaan ikon gelak guling-guling seperti di ym (yahoo messenger). Cuma boleh mention je tengah gelak guling-guling. hehe. 

Bongkok sikit kasi sama tinggi, haha..

Haritu tak drive pun sebab ada helikopter jemput depan rumah. Pius gerak sekali dengan kawan-kawan dari group sukarelawan. Nasib ramai juga yang duduk area gombak. Konon nak lead perjalanan ke sungai buloh tapi sesat. hehe. Tu susah, kena drive sendiri. orang lain bawa aku tak alert jalan.

Sampai sana terus menonong ke depan sebab nak tengok pengantin. tak sabar!

"Fairuzzzzzz"

Hahahaha dah macam bunyi SSF home decor pulak. Jap eh.. nak pergi makan kuih cakkoi..

Mak: pergi la makan, dah sejuk nanti dah liat
Pius: Takpe liat...

****************** (dah macam novel)**********

malas nak bangun sebenarnya.. ohoi. okay sambung. pius nak kemas bilik sebenarnya tapi mcam malas-malas jerk. kikiki. Rindu pulak bilik lama ada banyak storage boleh sumbat banyak benda. Macam baru semalam landing tepi katil, tidur merenung bintang. okay fine, esok kita pergi cari bintang!

Bilik sekarang tak banyak storage, tak muat nak letak barang kerja. Tu pun ada lagi tak berangkut. Tengah pikir nak letak tang mana. Ruang kerja dah macam padat sangat. Padat ke bersepah??


ni kira padat ke bersepah?? haha.. tettttt tiada jawapan. Inspect sikit....



huhuu. yela tu sibuk....

Rabu lepas pergi jumpa bos lama dekat Desa park city. Cantik sangat la area tu dengan lampu bergantungan dekat pokok. Macam rupa korea pun ada. yela aku ni padahal pergi korea pun tak pernah. haha. Nampak ramai orang jogging dekat situ terutama area tasik. Urban life la kot waktu malam jogging. huhu.

Bincang sekejap je, bos serah drawing terus pius balik.



Hurm.. dah berapa tahun tak sentuh kerja-kerja macam ni. -___-" macam tak paham pun ada. Stress pulak aku tengok drawing ni. hahahaha. Khamis malam baru buka drawing ni sebab siang time pius bekerja. Konon la nak stay up siap minum kopi bagai. Hurmm jangan harap. tetap juga lelap.
Huhu. Bila tekanan baru nak tulis blog.

Hari ni ke Kelana Jaya, customer request nak jumpa di office. Sebenarnya sekarang ni pius fokus dekat satu produk sahaja iaitu label sticker. Produk lain macam namecard, flyer, sampul duit raya kebanyakkannya repeat dari regular customer. Kalau ada new customer pun mesti datang dari regular customer. Yang customer kelana jaya ni bila pius tanya katanya jumpa dekat fb padahal fb dah unpublish page.

Ni namanya rezeki. hehe. So, bincang sikit-sikit je yang lain melalui email. 1 year punya namecard. Okay la kan. Kalau tak memang pius tak keluar jumpa dah. haha.

Pius memang nak fokus satu produk sekarang ni. Memang banyak beza bila kita mula fokus kepada satu produk sahaja. Orang lebih mudah ingat kita dan kita lebih mudah buat improvement. InsyaAllah. Fairuz boleh!

Harini customer reply mesej yang pius hantar beberapa hari lepas. Sticker label tak sampai lagi. Katanya Skynet di butterworth problem. Ni la yang buat pius sedih. Bila call skynet butterworth, cara bercakap betul-betul tak mesra. Macam nada marah pun ada. Alasannya tiada pekerja. Aku pulak yang kena marah macam kesalahan kita pula. Sedih! kesian dekat customer. Customer memang dah paham dengan skynet dekat butterworth cuma aku ni hah baru first time pos ke butterworth. Sarawak yang jauh tu pun lagi cepat sampai.

Tapi tempat lain skynet okay :)

Okay next time untuk Butterworth kita guna pos laju.

Malam ni nak ke Desa Park City pulak sebab bos tempat kerja lama minta tolong buat quotation untuk landscape. Maybe tengah banyak projek kot. Hehe. Aku pulak yang macam pening-pening nak terima ke tak. haha. Tapi bila mengenangkan betapa baiknya bos lama, kita bantu la. Esok lusa mana tahu hari kita pulak. jeng jeng jeng...

Okay :) bai bai
Entah apa tajuk nak letak pun tak tahu. Banyak sangat kejadian yang nak ditulis cuma kadang hati malas plus banyak kerja siang hari. Kadang bawa ke malam. 9 Mei genap umur pius 27, tahun di jangka bakal ke hadapan dengan lebih maju. huahaha. Bulan ni juga bulan pertama pius akan buat rekod untuk bisnes. Selama ni bisnes main redah, tak tahu berapa sales, untung dan rugi. Start bulan 5 nak buat rekod. Software semua dah tersedia tinggal nak masukkan amount. Montly target pun dah buat, tinggal nak capai aja. Setakat waktu ni Alhamdulillah mengikut track. Rekod tempahan semua ada. InsyaAllah bulan 5 capai target :)

Banyak sebenarnya yang pius kena buat. Ilmu pengurusan, filling document. Semua kena tahu. Nasib kakak akauntan boleh rujuk bila-bila masa. InsyaAllah, akan cari dan belajar lagi ilmu pengurusan bisnes.

5hb Mei pius setapak ke cabang lain. Pengalaman pertama coaching untuk Illustrator. Semua ni gara-gara Shah ( Kenalan dari group sukarelawan) yang telah memberi nombor pius kepada kenalan dia di whatsapp. Katanya nak belajar Illustrator. Dalam keadaan paksa rela, pius ya kan aja.

Perjumpaan pertama dibatalkan oleh Cik laila atas sebab tertentu dan ditunda ke hari lain. Malangnya perjumpaan seterusnya juga ditunda gara-gara penyakit misteri yang tiba-tiba melanda pius. Hahaha. Satu badan bengkak dan gatal-gatal. Kesian pius waktu tuu. sedih! 4 hari rasanya badan naik bengkak-bengkak. Hari terakhir pius ke klinik dan doctor cuma check-check gitu je dan bagitahu pius alergik. Selama ni tak pernah alergik makanan mungkin silap ambil ubat sebab minggu tu pius ada cuba 2-3 kali produk kolagen mak baru beli. Taubat tak makan dah!

Selang beberapa hari, laila hubungi pius untuk atur semula perjumpaan dan kali ni satu ofis nak belajar illustrator. Siap dengan bosnya sekali. Erkkk... takut. So total 4 orang. Masa tu adalah fikir macam-macam tapi niat hati nak sampaikan ilmu. So main redah je.

5/5/2015 bertempat di Ofis Kajang dari pagi hingga ke Petang. Rupanya Bos laila, Ustaz Asyraf adalah penulis buku bersama Dr. Azizan Osman. Huahhhhh.

Bayaran pertama
Alhamdulillah, semua mereka puas hati dengan ilmu yang pius sampaikan dan pius sendiri dapat ilmu baru dari Ustaz Asyraf.

Powered by Blogger.