Cerita bulan 5

/
0 Comments
Entah apa tajuk nak letak pun tak tahu. Banyak sangat kejadian yang nak ditulis cuma kadang hati malas plus banyak kerja siang hari. Kadang bawa ke malam. 9 Mei genap umur pius 27, tahun di jangka bakal ke hadapan dengan lebih maju. huahaha. Bulan ni juga bulan pertama pius akan buat rekod untuk bisnes. Selama ni bisnes main redah, tak tahu berapa sales, untung dan rugi. Start bulan 5 nak buat rekod. Software semua dah tersedia tinggal nak masukkan amount. Montly target pun dah buat, tinggal nak capai aja. Setakat waktu ni Alhamdulillah mengikut track. Rekod tempahan semua ada. InsyaAllah bulan 5 capai target :)

Banyak sebenarnya yang pius kena buat. Ilmu pengurusan, filling document. Semua kena tahu. Nasib kakak akauntan boleh rujuk bila-bila masa. InsyaAllah, akan cari dan belajar lagi ilmu pengurusan bisnes.

5hb Mei pius setapak ke cabang lain. Pengalaman pertama coaching untuk Illustrator. Semua ni gara-gara Shah ( Kenalan dari group sukarelawan) yang telah memberi nombor pius kepada kenalan dia di whatsapp. Katanya nak belajar Illustrator. Dalam keadaan paksa rela, pius ya kan aja.

Perjumpaan pertama dibatalkan oleh Cik laila atas sebab tertentu dan ditunda ke hari lain. Malangnya perjumpaan seterusnya juga ditunda gara-gara penyakit misteri yang tiba-tiba melanda pius. Hahaha. Satu badan bengkak dan gatal-gatal. Kesian pius waktu tuu. sedih! 4 hari rasanya badan naik bengkak-bengkak. Hari terakhir pius ke klinik dan doctor cuma check-check gitu je dan bagitahu pius alergik. Selama ni tak pernah alergik makanan mungkin silap ambil ubat sebab minggu tu pius ada cuba 2-3 kali produk kolagen mak baru beli. Taubat tak makan dah!

Selang beberapa hari, laila hubungi pius untuk atur semula perjumpaan dan kali ni satu ofis nak belajar illustrator. Siap dengan bosnya sekali. Erkkk... takut. So total 4 orang. Masa tu adalah fikir macam-macam tapi niat hati nak sampaikan ilmu. So main redah je.

5/5/2015 bertempat di Ofis Kajang dari pagi hingga ke Petang. Rupanya Bos laila, Ustaz Asyraf adalah penulis buku bersama Dr. Azizan Osman. Huahhhhh.

Bayaran pertama
Alhamdulillah, semua mereka puas hati dengan ilmu yang pius sampaikan dan pius sendiri dapat ilmu baru dari Ustaz Asyraf.



bersama laila
Laila yang mengambil pendekatan bekerja bersama 'mentor' untuk belajar dalam dunia usahawan. Best kan! Alhamdulillah. selesai di kajang.

Ermm.. rasanya pius perlu berterima kasih pada shah. Hahaha tapi pius dah blok nombor dia dekat whatsapp. Hahaha. Baik sungguh fairuz jaafar ni. Akak geram dengan kau, tiap hari 24 jam kau mesej. Bila orang kerap mesej dengan kita , mesti la kita akan attach pada dia kan. Time bz buat dono je.. punya lama akhirnya reply 'huhu' je. Senang akak detach je. Akak tau shah pun busy :) Harap bisnes berjalan lancar. Terima kasih untuk peluang di atas. Bila jumpa dekat luar kita borak macam biasa k, akak tak marah cuma malas nak layan. haha.

Tau apa jadi bila balik rumah? rasa penat gila. Rasa takde tenaga langsung. Baring depan tv sambil keluh kesah kenapa badan rasa penat dan tiada tenaga. Terus tanya teacher ani keadaan cikgu selepas mengajar. Katanya memang akan flat kalau mengajar lama. Wokeh!

Esoknya cepat-cepat siapkan kerja dan gerak ke Putrajaya rumah Dr Dini. Petang terus gerak ke Utara. Satu lagi bab dalam kehidupan. Tiba-tiba Allah aturkan untuk bertemu Dr Dini, seorang trainer yang sangat fun tetapi pada masa yang sama tegas dan teliti dengan kerjanya. Banyak ilmu yang pius belajar bila follow Dr Dini.

Menjadi speaker, trainer dan juga ada Crew untuk handle event adalah antara impian yang pius tulis dalam '101 IMPIAN'. Antara perkara yang pius minat walaupun tiada keberanian untuk bercakap di hadapan. Coaching Illustrator dan follow Dr Dini mungkin satu permulaan untuk pius. Apa-apa pun, aturan Allah adalah yang paling baik.


Program kali ini dekat Duyong Marina & Resort ( Ri-Yaz Heritage) Terengganu dan pesertanya adalah bos-bos, dato-dato yang bakal bersara.

Aktiviti
 Ni first time jumpa trainer yang happening. Kalau pius jadi peserta confirm tak mengantuk!


Tema hitam merah beserta topi sebagai trademark.


Hotel Duyong marina ni memang menarik, cantik sangat tapi hairan tiada orang. Tak pasti sama ada hanya dibuka ketika event sahaja atau hotel ni untuk orang yang mampu je. 

Selesai!


Sebelum balik K.l kita bungkus kopok lekor dulu


Dan pekena sotong celup tepung! Pius tak pernah makan sebenarnya dan tak tahu pun makanan ni femes dekat terengganu. Dorang kata yang best ikan celup tepung kan tapi pius cubit sikit rasa tak sedap. hehe. So pius makan sotong dengan bayam celup tepung je. Makan bersama En Aswad dan Abang Wan. Dr Dini balik berasingan.


Selesai! Tunggu hujung bulan 5. Harap jadi ke Pulau Redang. 


No comments:

Powered by Blogger.