Hari Tekanan

/
0 Comments
Huhu. Bila tekanan baru nak tulis blog.

Hari ni ke Kelana Jaya, customer request nak jumpa di office. Sebenarnya sekarang ni pius fokus dekat satu produk sahaja iaitu label sticker. Produk lain macam namecard, flyer, sampul duit raya kebanyakkannya repeat dari regular customer. Kalau ada new customer pun mesti datang dari regular customer. Yang customer kelana jaya ni bila pius tanya katanya jumpa dekat fb padahal fb dah unpublish page.

Ni namanya rezeki. hehe. So, bincang sikit-sikit je yang lain melalui email. 1 year punya namecard. Okay la kan. Kalau tak memang pius tak keluar jumpa dah. haha.

Pius memang nak fokus satu produk sekarang ni. Memang banyak beza bila kita mula fokus kepada satu produk sahaja. Orang lebih mudah ingat kita dan kita lebih mudah buat improvement. InsyaAllah. Fairuz boleh!

Harini customer reply mesej yang pius hantar beberapa hari lepas. Sticker label tak sampai lagi. Katanya Skynet di butterworth problem. Ni la yang buat pius sedih. Bila call skynet butterworth, cara bercakap betul-betul tak mesra. Macam nada marah pun ada. Alasannya tiada pekerja. Aku pulak yang kena marah macam kesalahan kita pula. Sedih! kesian dekat customer. Customer memang dah paham dengan skynet dekat butterworth cuma aku ni hah baru first time pos ke butterworth. Sarawak yang jauh tu pun lagi cepat sampai.

Tapi tempat lain skynet okay :)

Okay next time untuk Butterworth kita guna pos laju.

Malam ni nak ke Desa Park City pulak sebab bos tempat kerja lama minta tolong buat quotation untuk landscape. Maybe tengah banyak projek kot. Hehe. Aku pulak yang macam pening-pening nak terima ke tak. haha. Tapi bila mengenangkan betapa baiknya bos lama, kita bantu la. Esok lusa mana tahu hari kita pulak. jeng jeng jeng...

Okay :) bai bai


No comments:

Powered by Blogger.