Wedding Shira

/
0 Comments
Ahad lepas Shira kawen. comel sangat! first time rasanya tengok dia makeup.
Beberapa hari sebelum majlis, dia ada mesej something funny yang buat pius rasa macam nak gelak guling-guling. Sangat funny. Tapi sayang wasap ketiadaan ikon gelak guling-guling seperti di ym (yahoo messenger). Cuma boleh mention je tengah gelak guling-guling. hehe. 

Bongkok sikit kasi sama tinggi, haha..

Haritu tak drive pun sebab ada helikopter jemput depan rumah. Pius gerak sekali dengan kawan-kawan dari group sukarelawan. Nasib ramai juga yang duduk area gombak. Konon nak lead perjalanan ke sungai buloh tapi sesat. hehe. Tu susah, kena drive sendiri. orang lain bawa aku tak alert jalan.

Sampai sana terus menonong ke depan sebab nak tengok pengantin. tak sabar!

"Fairuzzzzzz"



Hahaha, kawan Uitm lalu  sebelah pun aku dah tak perasan sebab fokus pengantin je. Dapat la sambal tumis yang pura bawa dari Melaka.





Dorang semua umur lebih kurang 21 kecuali pius la, umur 20. ~ ~ ~ angin bertiup kencang~ ~ ~


Melayan .... padahal dah gerak nak balik. Bole dorang patah balik semata-mata nak ambil gambar guna prop. Bolehhh laaa..

Pius tak tau pulak cuma ada 2 pasang je baju kurung dalam almari. Hahaha. Asyik pakai dress labuh je, saja nak pakai baju kurung. Tiba-tiba ada dua pasang je. Entah baju kurung lain masih ada dekat rumah nenek atau mak dah bungkus kasi orang. Takpela, pius pun jarang pakai baju kurung. Beli time raya je tu pun sepasang je. Pakai raya pertama je. je je..

"kak, kak shira dah kawin. akak bila lagi?"

teeettttt.

Tudung dari Turki, tq kak awe :)

p/s: nak hiking bukit kutu minggu depan. yeah!


No comments:

Powered by Blogger.