Agaknya..

/
0 Comments
Aku tak berhubung lagi dengan shira since dia kahwin haritu. Huhu. taknak la ganggu pengantin baru. ngehngeh. Sebelum majlis, dia ada nyatakan secebis perancangannya selepas berkahwin. Sebagai sahabat sama jantina (hahaha) semestinya aku faham dan berharap yang terbaik untuk dia. Dan aku tahu, kita dah tak boleh sesuka hati nak mingle around (<wujud ke perkataan ni?) kehulu kehilir macam dulu. sebab dia pun sudah bergelar isteri..  sebenarnya saya isteri dia!

So, aku rasa aku perlu cari lebih kenalan terutamanya yang sama interest. yang suka hiking, suka outdoor activity, suka camping, suka aktiviti yang melibatkan kehijauan dan kebiruan alam la senang kira. Sebab bukan semua orang suka aktiviti luar terutamanya perempuan yang sangat sinonim dengan shopping. 

Beberapa hari lepas aku ada terbaca blog seorang ayah yang hari cutinya penuh dengan aktiviti luar seperti berkhemah bersama anak-anak dan isteri. Ada je tempat dan lokasi baru yang dikongsi. 

Aku rasa aku akan berkahwin dengan lelaki sedemikian rupa. ha ha ha cakap pasal kahwin la sebab baru lepas buat hantaran (untuk shooting iklan). Since semua orang pun sibuk mention..

"Yang ni boleh simpan untuk ayut tunang"

"Yang hijau ni simpan untuk kau kahwin"

"Dulang ni boleh simpan untuk kau kahwin nanti"

Walau hati rasa macam taknak kahwin. boleh tak? huhu

Hujung minggu ni nak pergi hiking buku kutu, harap jadi lah :) Lama tak hiking, rasanya perlu jogging 2, 3 round tasik. huhu. Gila pemalas nak jogging. owh, kasut takdek! kena beli ni. Nak beli batang selfie la boleh selfie bebanyak. hikhikhik. Blogger kena ambik gambar banyak kan. Rindu blogging tempek gambar bebanyak. Tangan ni rindu nak menaip berjela-jela. 

minggu pertama-kedua selalu bz, minggu ketiga dan 4 selalunya boleh relak-relak lagi :) Ni baru masuk awal bulan. dah nak start bz. so blogging dulu :)

Okay. Publish!


No comments:

Powered by Blogger.