Citarasa Pelanggan

/
0 Comments
Online Sticker Printing Malaysia

hihi Assalamualaikum :)

Saja rajin nak menulis rehat-rehatkan pikiran sebelum perah otak buat design. Kadang bila nak buat design kena relak-relak, tenang-tenang, tidur seminit dua dulu. ahak. Bangun kang baru ada idea. Kalau tak jem la kepala satu hari nak buat banyak design. Lepas habis satu design kita rehat jap cari-cari idea. So, ni kira rehat kejap la ni.

Kadang customer ni tak kisah kita design macam mana pun, dia okay aja. Kadang tu rasa macam simple sangat design tapi customer suka. Cantek katanya. Dengar pujian customer tu yang buat rasa bersemangat tu. hahaha. Perubahan sikit-sikit tu biasa.

Untuk Sticker Transparent
Ni baru proceed print tadi. Simple je untuk sticker transparent.




Ni pun baru proceed tadi. Sebab nak raya kan jadi banyak sticker untuk cookies :) Design yang atas ni pelanggan dah draft siap-siap jadi kerja lebih mudah. Kita dah tau apa pelanggan nak.

Draft asal
Draft asal. Draft guna pencil pun ada, pun boleh. Tak draft langsung pun okay, makna kata design semua ikut citarasa designer. haha.

Selalu yang design simple-simple ni pelanggan yang baru mula berniaga atau sudah berniaga dan nak ada label sendiri supaya lebih dikenali.

Ada juga design based on sticker lama yang dibuat pelanggan. Yang ni senang sikit sebab tak perlu fikir pasal design, hanya follow design lama sahaja. Tapi ubah-ubah sikit la.

Design lama

design baru
Ada pelanggan yang baru mula berniaga dan sangat serius dengan apa yang dibuat. Maksudnya terus lancarkan produk betul-betul. Jadi design nak betul-betul cantik.


Yang ni pelanggan hanya beri detail sahaja yang lain terserah pada tangan hamba yang kecil molek ini. Haha. Pius suka kalau pelanggan bagi detail yang lengkap. Supaya senang nak organize nak letak maklumat dekat mana.

Ada juga pelanggan yang dah lama berniaga dan nak upgrade sticker lama. Selalunya ada penambahan seperti logo halal, fakta nutrisi, Barcode. Jadi setiap kali ada penambahan akan buat sticker baru. Untuk dapatkan fakta nutrisi dan logo halal memang mengambil masa dan memerlukan kos. Jadi customer selalu upgrade step by step.

Jom UPGRADE!

Produk beserta label
Selalunya lepas siap sticker mesti akan berangkai kepada design bunting, namecard, logo, flyer. Tengok pada tempahan juga, kalau tempahan sticker banyak memang pius tak dapat nak buat benda lain. Kalau ada masa baru pius terima untuk buat flyer dan bunting. Namecard memang sentiasa on.

Sekarang memang fokus kepada sticker je. Kalau ada tempahan lain, pius akan pass dekat mana-mana rakan printing yang lain jika customer setuju.

Lama juga rehat aku ni. haha. Okay-okay sambung kerja :)


No comments:

Powered by Blogger.