Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu #TSDayOut - Bahagian 1

/
0 Comments
Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu

Tinggalan sejarah di Bukit Kutu
Bukit Kutu yang juga dikenali sebagai Gunung Kutu terletak di daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor. Bukit Kutu dahulunya dikenali sebagai Trecher's Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter dari aras laut.
Sumber: Wikipedia

1) Cabaran Mendaki Bukit Kutu bersama #TSDayOut  (Tourism Selangor)
2) Tips sepanjang pendakian 
3) Alternatif jika tidak melakukan pendakian
4) Sejarah Bukit Kutu 
5) Di mana Bukit Kutu?



1) Cabaran Mendaki Bukit Kutu bersama #TSDayOut  (Tourism Selangor)
Yeahhh! Akhirnya 6 june 2015 yang ditunggu telah tiba, hari penuh debaran dan cabaran. Yang pasti, inilah hari yang penuh dengan gambar selfie, haha sebab bawa monopod. Okay, jom baca.

Dari rumah ke Kuala Kubu Baru (KKB) mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan menaiki kereta. Perjalanan ke sana memang mudah kerana penganjur telah memberi koordinat gps beserta tentatif program beberapa hari sebelum pendakian. 

Meeting point kami ialah di Dataran KKB. 


Dataran KKB
Selesai sesi pendaftaran, Renuga (Kiri) memberi sedikit taklimat kepada peserta sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Pertak (starting point). Perjalanan ke kampung Pertak mengambil masa kira-kira 10 minit dari dataran KKB.

Selfie first!
 Mengambil gambar sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Pertak. Oh ya, ada dua kualiti gambar di sini. Kamera depan (Kualiti rendah) dan belakang (Kualiti lebih baik). Huhu. Harap maklum dengan perbezaan ini.


Disebabkan pius memandu sendirian, maka monopod adalah kawan terbaik untuk mengambil gambar ketika memandu. Amaran: Dilakukan oleh pakar selfie sahaja (Huhu)

Sampai di Kampung Pertak, kami diberi taklimat dan tips pendakian oleh pakar. Melakukan regangan, diberi bungkusan makanan untuk tengahari dan mengambil gambar selfie (tambahan).


Terima kasih Fi bawa saya ke sini :)

Pendakian bermula!

Kami memulakan pendakian lebih kurang jam 9 pagi waktu tempatan. 


#TSDayOut
Salah seorang peserta yang sibuk dengan handphone dan monopod nya. Peluang begini bukan datang selalu, jadi kita perlu bergambar sebanyak mungkin. haha.



Di awal pendakian, pius disajikan dengan pemandangan indah ini.

Jambatan pertama
Pendakian bermula selepas anda melalui jambatan pertama ini. Tahap kesukaran - masih bergembira dan bergelak ketawa. 


Jam 9.15 pagi, selepas 15 minit perjalanan....

wow! Bestnya!


Lagi sekali kami perlu menyeberangi sungai dan kali ini kami diberi pilihan sama ada menggunakan jambatan yang telah runtuh atau jalan sahaja merentasi sungai seperti gambar di atas. Pius memilih jambatan runtuh :)


9.26 pagi
Jam 9.26 pagi. Sungai ketiga untuk diseberangi. Kesegaran dan kesejukkan air sungai adalah perkara yang paling pius suka hatta di ulu yam sekali pun. Spa semulajadi ini sering menjadi pilihan untuk melepaskan tekanan selepas penat bekerja. Satu nikmat yang paling senang dijumpai dan tidak memerlukan kos yang tinggi. 

Kali ini pius memilih untuk membuka kasut dan stokin. Perjalanan masih panjang, jadi kasut yang basah (berat) akan menyukarkan perjalanan. 


#TSDayOut Merentasi sungai

Selepas menyeberangi sungai, kami meneruskan ekspedisi yang ternyata semakin mencabar. Antara cabaran yang menarik di permulaan ekspedisi adalah kawasan pokok buloh yang menyengget dan kita perlu membongkok untuk melaluinya. Kawasan hutan pokok buloh ini paling kerap kami lalui jadi amat perlu berhati-hati agar tidak terpegang batang buloh yang tajam ataupun miang. 

Pondok buloh
antara ahli bomba yang turut serta menjaga keselamatan para pendaki
Gua Kambing
Lebih kurang jam 11.30 pagi, kami sampai ke Gua kambing di mana terdapat batu-batu besar yang sangat mengujakan. Di sini peserta mengambil peluang berehat dan mengisi perut dengan makanan yang telah disediakan oleh pihak #TSDayOut. Korang kena pergi sendiri tengok depan mata betapa penuh persoalannya kawasan Batu kambing ni.

Rasa seperti kawanan batu yang tergantung. 

Yeah, Batu kambing sebagai penanda kami telah berada di separuh pendakian. Bermakna ada lagi 2 jam pendakian untuk sampai ke Puncak.

Selepas melalui kawasan Gua Kambing, kita bertemu pula dengan jutaan akar kayu berselirat yang berfungsi sebagai tangga. Pendakian 45 darjah ini betul-betul mencabar kekuatan fizikal seorang wanita yang malas bersenam. ahak. Disinilah pius kerap berhenti rehat....

Sejujurnya, sebelum kawasan Batu kambing lagi memang pius dah pancit. Untuk sampai ke Batu Kambing juga perlu mendaki 45 darjah.

Berehat sebentar hilangkan penat
Dan yang paling best nya, ada banyak flora yang jarang dijumpai. Perkara terbaik sepanjang pendakian disebabkan pius sendiri suka fotography. Cuma bezanya tiada proper kamera untuk ambil gambar micro. Hanya ada handphone dengan aplikasi micro sahaja. Walaupun terhad, pius tetap berpuas hati dapat melihat flora yang sukar ditemui di hutan keluli (bandar).





macam rupa kacang pea


Sarang semut

Bersambung......


No comments:

Powered by Blogger.