Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu (Bahagian 2)

/
0 Comments
Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu

Jap ya nak baca dulu bahagian 1, ambil feel dulu....

okay, sambung dari ENTRI lepas :) 

Kira-kira hampir pukul 2 petang, pius sampai ke kawasan tanah lapang di puncak Bukit Kutu. Siap bertongkat bagai! di sambut crew #TSDayOut yang menunggu para peserta dengan sijil. Ahhhhhhhhhhh. Sampai juga akhirnya!


Dimana dekat situ ada corong sampah kesan dari pembinaan dahulu. Masa pius sampai ni, kawasan dekat sekitar tinggalan agak semak jadi sukar melihat keadaan sebenar corong tersebut. Bila dah sampai sini, maknanya perlu naik lagi sikit untuk sampai ke peak area.




Di Puncak!

Turunlah, kesian dekat kami ni banggg... :)
Untuk tengok pemandangan yang super saiya tahap ke lapanpoluhlapan, anda perlu memanjat batu ini. Tapi disediakan tangga la :) Tak boleh naik ramai-ramai.

Kredit gambar : n-hafizah.blogspot.com 
Pemandangan dari puncak tertinggi Bukit Kutu. Okay, ada kredit gambar ya sebab pius tak naik pun batu ni. Sebab ramai orang beratur nak naik. Masa tengah beratur ni, guide ajak ke kawasan tinggalan banglo / kubu. katanya..

Untuk ke kawasan tinggalan ini, ada laluan sebelah kiri batu besar (peak area).




Selfie sendiri, akhirnya bateri lemah. Haha. Okay, guide pinjam monopod. Kita terjah handpone dia pulak.

Okay! tidak boleh berada di puncak lama-lama ya melainkan korang datang untuk berkhemah disini. Dalam pukul 3, perlu bergerak untuk turun. Pius di antara group paling awal bergerak turun, lebih kurang 7 orang termasuk guide.

Yeahh, yang ni paling best. Sebab menurun sahaja tidak perlu mendaki. haha. 


Okay! Turun pun sangat penat. Asyik pikir sungai sungai sungai haus haus haus. Haha. air sudah kehabisan. Dengar je bunyi air sungai terus terasa heaven. Bila sampai sungai pertama, lega!

Siap minta air lagi dekat guide yang sedang memantau peserta di point tersebut. Dapat la air 100 plus dan coklat! Haha sedih sungguh. Saya bawa coklat bar sebenarnya tapi lebih kepada haus. 

Sampai sungai kedua, terus tak tahan. Baring terus tepi sungai tu. Guide ajak teruskan perjalanan, sebab lagi sedikit nak sampai. Tapi memang tak larat dah. 

Jadi pius suruh je dorang gerak dulu, sebab da tau jalan dan ada ramai peserta dari kumpulan lain dekat situ. 

Perjalanan turun dari puncak mengambil masa kira-kira 2 jam. Berbanding waktu naik tadi hampir 5 jam sebab banyak sangat rehatnya. haha. Sampai je di bawah, terus rehat dan minum air 100 plus (tinggal dalam kereta). 


Sementara tunggu peserta lain sampai, kita terjah dulu sungai. Tapi tak mandi la ya. Tengok orang mandi je :)


Cantik sangat kawasan sungai ni, boleh jadi gila rasanya kalau duduk berdekatan Bukit Kutu. Aku kan gila mandi-mandi sungai ni cumanya belum pass lagi bab berenang. Bab terapungkan badan dah lepas. Haha. Oiitt kempunan nak mandi! tunggu lepas raya la, pg mandi Ulu yam :)

Sebenarnya waktu ni ada dua group foreigner tengah bermandi-manda di sebelah kanan gambar dan dekat atas sana. Dorang asyik tengok je pius yang sedang berselfie kiri kanan atas bawah ni. Haha :)

Rasa nak berkhemah dekat tepi sungai!

eh ehh..

Selfie
Seperti biasa selfie dahulu memandangkan bateri pun dah full semula. Ramai peserta yang mandi selepas mendaki tapi pius hanya selfie sahaja.


Majlis penyampaian hadiah serta sijil.


Okay, selesai ekspedisi bersama #TSDayOut. lain kali nak bawa handphone canggih sikit la. haha. Terima kasih pihak Tourism selangor, crew #TSDayOut. Tunggu aktiviti seterusnya :) Oh ya, tq Moon :)

Selesai Ekspedisi Bukit Kutu


Antara barangan yang diberi pihak tourism selangor dan yang paling best sekali adalah...


Taraaaaa... hahaha. Yang paling disukai! Okay lepas ni lebih senang mencari destinasi untuk bergembira. Selama ni google " tempat-tempat menarik di Selangor", sekarang selak buku je. Nanti jangan tanya macam mana boleh timbul entri 'Tempat-tempat menarik di Selangor' ya. ^_^

Bestnyaaaaa!!!!!
Oh ya, dekat kuala selangor ada satu lokasi baru yang agak menarik. "The Cabin" namanya. Teringin nak terjah! Dekat pula dengan kawasan tengok kelip-kelip. Okay sangat tu.

2) Tips sepanjang pendakian
Ini kali pertama mendaki bukit yang tak macam bukit. Haha. Semua pendaki yang selalu ke sini mengatakan bukit kutu ni boleh di kira sebagai gunung. Mungkin berdasarkan tahap kesukaran semasa mendaki. 

- Bersenam dahulu
Okay, ini penting. Sebelum ambil keputusan untuk mendaki. Perlu sangat-sangat bersenam atau jogging ya. Kalau tak, akan jadi seperti hamba di atas.

- Mula Awal
Digalakkan buat perancangan dahulu sebelum naik. Seeloknya mula pendakian awal pagi supaya tidak sampai lewat di puncak. Waktu di puncak terhad dan anda perlu turun dalam pukul 2-3 petang. Jika turun lewat, keadaan akan menjadi lebih gelap.

Jadul dari #TSDauOut. Boleh diguna :)
- Air yang mencukupi
Lebih baik bawa air hidrat semula seperti 100 plus atau beli powder dia yang ada dalam pelbagai perisa. Pius bawa 2 botol. pun tak cukup. hehe.

Ada pendaki yang suggest bawa timun. Itu boleh tanya pakar, sebab dah lupa sebabnya.

- Energy bar
Bawa energy bar sebagai bekalan.

-Lampu Suluh
Yang ini perlu memandangkan kita tidak tahu perubahan cuaca semasa naik mahupun turun. Jika hari mendung atau hujan keadaan akan jadi gelap. 

- Baju hujan
Yang ni memang guna sewaktu turun bukit. 

- Penanda jalan
Sepanjang laluan akan ada tanda merah jadi tidak perlu risau. 

- Guide
Pastikan ada guide atau anda pergi bersama mereka yang tahu atau pernah mendaki bukit kutu.

- Wet tissue
Hiikkss, yang ni agak penting memandangkan nak jimat air. 

- Berhati-hati dengan lebah
Yang ni memang kena berhati-hati. Sewaktu dekat kawasan sungai, ada beberapa lebah hurung. Jirus dengan air pun tak berkesan. waktu ni memang tak tau nak buat apa. Nasib ada baju hujan, kibas-kibas baru lebah lari. 

-Ada yang nasihat supaya tak perlu buat apa-apa sebab lebah tu nak hisap air peluh sahaja. 

Bawa baju lebih
- kot la korang nak mandi manda di sungai.

Okay, tu sahaja tipsnya. Hehe.





Moon dari magazine berbahasa cina.
3) Alternatif jika tidak melakukan pendakian
Okay, jika anda memilih untuk tidak mendaki maka berkhemah di tepi sungai adalah pilihan terbaik. Sungai di bukit kutu ni memang terbaik. Ada banyak kawasan yang sesuai. Hanya perlu berjalan 5-20 minit sahaja.

Ada beberapa keluarga yang pius nampak memasang khemah ketika turun dari bukit kutu. Apa-apa pun kena tanya dahulu la kepada pihak yang berkenaan. Hehe.

Okay, nanti kita sambung sejarah bukit kutu ya :)

Publish!

Sambungan...


No comments:

Powered by Blogger.