Kerisauan melampau

/
0 Comments
Eh, memang melampau sangat la kerisauan tu. 

Semalam buka ig, entah kenapa ig dekat handphone ni tak keluar pulak notification. Bila buka baru akan naik notification. Jadi memang tak alert bila customer comment atau bertanyakan sesuatu dekat ig. Kenapa ya? Handphone rosak ke atau tersalah setting? Selama ni okay je. 

Yang tu okay lagi. Semalam terjah ig customer tiba-tiba tengok sticker yang ditampal sangatlah di potong dengan tidak elok. Eh?? Teruk sangat dah ni.


Eh, rasa macam melampau sangat la sampai nombor pun hampir-hampir tak nampak. Terus hantar mesej ke kilang tapi cuti kan mana ada orang nak reply. Eh, sedih sangat ni! Kita ni nak bagi yang terbaik dekat customer tiba-tiba tengok hasilnya menghampakan. Walaupun customer tak cakap apa-apa tapi kita panas hati jugak la.


Design sepatutnya. (draft design)
Kita pun nak ada hubungan yang baik dengan customer. Kalau gini gayanya macam mana....
Terus mesej customer....



Fuhh legaaa.. lega sangat bila customer reply. Dah rasa nak marah sangat dah ni dekat kilang kalau hasilnya semua macam tu. Terus terbantut nak mengadu dekat cik kiah. Kalau sikit sahaja okay la sebab kilang memang akan beri sticker lebih sedikit dari jumlah tempahan. 


Feedback dari JennaBonappetite. Okay siapa nak TART DURIAN BELANDA 2015 boleh hubungi Cik Atera seperti tertera di sticker. Sebelum kehabisan stock!

Tempahan sticker dah tak terima urgent order melainkan kalau dah ada design (Format Ai), boleh urgent order. Dan lagi satu, hehe. Sticker2u tidak lagi membuat design hari sabtu dan ahad (Urgent order). Tapi masih menerima sebarang pertanyaan (whatsapp) dan tempahan pada hari cuti. Okay :)



p/s: Nak bagitau jugak, dah tampal bintang glow in the dark. Puas la tampal dekat langit bilik. Siap ada bintang besar, bintang jarak jauh semua ada. Last sekali hanya satu je yang glowwww. Huaahhhhhhhhhhhh. Sedey sangat ni. 

Rupanya bintang tak dapat cahaya dari lampu, memandangkan bilik baru ni guna lampu hat canggih sikit. Jadi cahaya tak kena sangat dekat ceiling. Bilik lama guna lampu panjang yang biasa tu je. Sob sob sooobbbbbbb. Yang glow tu pun sebab den tampal dekat lampuuuuuu. 


No comments:

Powered by Blogger.