Puasa 2015

/
0 Comments
Assalamualaikum :)

Harini 2 ramadhan, dah dua hari puasa. Tapi aku tak pose harini. Almaklumlah cuti awal pulak tahun ni. Jangan cuti awal dan hujung bulan puasa sudah la..

Aku tak terasa sangat bulan puasa mungkin sebab awal-awal lagi dah tak boleh puasa. Rasa kurang meriah pulak. Jika tahun dulu siap prepare telekung baru, basuh telekung satu rumah. Tunggu pengumuman puasa. Tahun ni macam lembik je suasana. Mungkin sebab semua pun dah kahwin, tak ramai orang dekat rumah.

Aku punya gaya kalau tak puasa memang tak makan sekali dengan family. Just prepare apa yang patut then masuk bilik. Lepas semua dah habis makan, hantar pergi masjid then baru aku mencekik darah. huhu. Tapi kalau semua balik time puasa, memang makan sekali la walaupun tak puasa.

Agaknya sebab terikut gaya sejak kecil lagi. waktu sekolah rendah dulu, dalam family aku. kalau siapa tak puasa tak boleh makan sama-sama. Hahaha. Family pius ramai, jadi kalau makan sesama tu meriah la kiranya. Jadi kalau ponteng puasa tu, tunggu la orang puasa makan dulu. Memang macam tu sampai sekolah menengah. Dah besar ni tak kesah dah la. Dah paham. La ni tak puasa bersebab. time kecik dulu saja ponteng puasa.

okay la. Nak hantar mak pergi masjid. Bai. Selamat Berpuasa. Selamat mendalami Bulan Ramadhan.

Sama-sama la kita ya :)


No comments:

Powered by Blogger.