Sejarah Bukit Kutu

/
1 Comments
Sejarah Bukit Kutu

Rentetan dari peristiwa "Ekspedisi Bukit Kutu" maka timbul lah entri berkaitan sejarah Bukit Kutu. Huhu.

Sebenarnya sebelum xpdc lagi pius dah buat research pasal Bukit Kutu. Ewah, siap research! Sebab tu bila guide ajak ke kawasan bangunan tinggalan, pius ikut. Sebab memang itu yang ditunggu. Hehe.

Masa search pasal Bukit Kutu. terjumpa satu blog yang cerita pasal pendakian di Bukit Kutu dan disitulah jumpa link ke satu lagi blog yang sangat menarik. Memang menarik! Berbaloi pius buat research sebelum pergi.

Di kawasan puncak Bukit Kutu terdapat beberapa struktur yang dikatakan tinggalan rumah banglo yang menjadi rumah peranginan untuk pegawai-pegawai British pada masa dahulu. Okay, dah bersedia?

Gambar lama Banglo di Bukit Kutu

 Siapakah lelaki tersebut?

Cerobong asap
 Inilah rupa rumah yang dikatakan rumah peranginan pada zaman british dahulu. Mesti semua pun tertanya dekat mana lokasi rumah ni. Senang je, antara yang masih jelas kelihatan dekat puncak Bukit kutu adalah cerobong asap di atas.

Masa mendaki haritu kawasan sekitar cerobong ni semak jadi tak nampak dengan jelas rupanya. Ni pius sertakan gambar lain yang lebih jelas.


Nampak jelas tangga rumah dan cerobong asap. 

Semua gambar kredit kepada blog Encik Shiek (LINK), korang kena baca macam mana Encik Shiek ni boleh ada gambar hitam putih dan siapa lelaki di dalam gambar di atas. Baca tau. Sangat menarik.

Okay, serba sedikit pasal Bukit Kutu. hehe. Jika korang berhasrat ke Bukit Kutu.... 

Lokasi : Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
– Masuk ikut Kampung Pertak (Kampung Moden Orang Asli)- Terus hingga ke sungai.
– Point Mula: 3.572510, 101.738128 (gps coordinate
– Summit: 3.543263, 101.719998 (gps coordinate
– Ketinggian : 1053m atas paras laut

Okay, itu aja serba sedikit pasal Bukit Kutu :)

Oh ya, semalam Moon Whatsapp gambar Ekspedisi Bukit Kutu.

Hahahahahaha ^_^"
Bila Moon ambil gambar ni? lawak tengok diri sendiri.


Sesi bergambar beramai-ramai :)



1 comment:

Zaidalifah Hussin said...

Assalamualaikum Hai,Bonde blogwalking kat sini.

Exchange Feed Group ada menganjurkan http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 ,
Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

Powered by Blogger.