Entry Raya 2015

/
0 Comments
Baru nak buat entri raya. Nampak sangat tak buka pc sepanjang cuti. hehe. Yela, bila namanya cuti... kita kena cuti betul-betul. Tahun ni 1st raya di rumah baru. Family kak long tidur rumah nenek, family kak ema tidur sini.  Family ani balik batu pahat, family aju balik pilah. Dak ani je tak balik rayo tahun ni sebab cuti pendek, raya rumah mertua je.  Baim raya pakistan, uki raya nepal. kikiki.

Raya pertama macam biasa kumpul ramai-ramai rumah nenek. Sementara tunggu semua bersiap, kita selfie sedas dua kiri kanan atas bawah dulu.


Baju kurung jahit sendiri. ahahaha. tang pesak tu susah bebenor nak jahit guna mesin. Almaklumlah dah lama tak jahit baju. Setahun sekali belum tentu jahit. hehe. Jadi tang pesak tu pius jahit guna tangan je. Baju cotton dari tahun lepas tak jahit-jahit. Ada lagi satu kain ela. Entah tahun bila nak berjahit. Konon nak hantar kedai jahit, sampai ke sudah. Dak awe la ni rajin membeli kain ela. 


selfie atas
yang ni sajo taknak kasi den masuk.

Selfie atas


selfie bawah.. tutup lubang idung... kalau ambik-ambik gambar macam ni, mesti kena bebel dengan mak. Ambik-ambik tapi tak cuci. Hehe. Yela.. lain kali kita pi cuci pastu buat album untuk tatapan semua. 

anak beranak
Raya rumah nenek. time ni dah nak balik dah. Baru nak ambil gambar. Rumah nenek den ni sekakang kera je. 5 minit dah sampai. Ingat dah ramai yang sampai rupanya kitorang orang first. wokeh la kan. makan nasik minyak dulu. Gambar reramai tak ambik tahun ni.

nenek : ni vvip ni, kena jaga (tuangkan air oren) nati takut lari. 

huhu, gelak je. Nenek kalau nak pergi mana-mana memang suka ajak pius. Sonang katanya. kalau orang lain leceh. Selalu bawa pergi pasar, klinik, beli barang. tu jela selalunya pun.

nenek: pasangan kau mana?
pius: erkk.. dekat oversea tak balik lagi.

hahaha.. tu jela ayat aku. Bulan 3 haritu dak awe kahwin, jadi kakak-kakak semua kira da ado pasangan masing-masing. Jadi tahun ni den jola kena bahan. Pergi rumah ateh pun dapat soalan yang sama. 

pius: Dekat oversea la, tak jumpa lagi. lepas raya kang baru nak pi jumpa.

After raya rumah nenek, semua berkumpul semula dekat rumah baru. Nak salam mak babah semua orang.

mak babah dah bersedia
 Salam ikut turn ya. Selang seli dengan abang ipar.

turn pius
turn uki yang baru balik dari nepal.
 Entah siapa yang buat lawak time ni, berdekah aku ketawa. hilang terus keayuan di pagi raya.

Anak buah
Malas nak letak gambar semua. huhu, skip skip jela.




tu jela raya first, raya dekat-dekat je. Petang raya rumah ateh, malam rumah mak long. Hihi senang semua satu kawasan. Raya kedua raya rumah jiran-jiran. Raya ketika pergi klang, rumah abang ipar baru dan rawang.



Raya ke empat, jalan rumah kawan-kawan mak. Raya ke lima balik melaka dan seremban. tapi den tak balik la. huhuhu. Dorang konvoi 3 kereta balik melaka. malam baru sampai rumah. Selesai Melaka, semua dah start kerja. hahaha. so senyap sunyi jela rumah. Esok den pulak nak menjelajah pahang. hehehe. InsyaAllah.

dah.. tak larat nak cerita. Customer dah mula order ni. Alhamdulillah :)


No comments:

Powered by Blogger.