Esok dah kojer

/
0 Comments

Menangis tengok mark adam dalam 'ini malam kita punya'. Dorang pekena dia. Huhuhu. Gelak sampai keluar air mata. Ulangan.. tapi entah tengok banyak kali pun still rasa nak gelak.

Tadi dalam bilik sobonarnya. Bosan pulak, pi depan pasang tv. Esok dah start kerja balik. Huaaahhhh cepatnya masa berlalu. Rasa macam tak puas cuti walaupun hakikatnya daku hanya bekerja dari rumah.

Serius memang cuti ni tak pikir langsung kerja. Cuma start semalam customer dah start wasap :)

Tadi masa dalam bilik, saja bosan-bosan buka pc. Al maklumlahhh... semua dah nak start kojer. Jadi takdok la suara anak anak buah kedengaran. Tak tau nak buat apa, blogwalking, baca website sini sana... akhirnya terjumpa semula satu website yang jual ebook.

Ebook yang banyak mengubah pandangan dan tindakan fairuz jaafar. Ebook yang menyediakan ilmu berniaga tanpa modal. Ebook yang menjadikan siapa fairuz jaafar sekarang.

Memori sungguh ebook tu. Beli tahun 2012 kalau tak silap. Masih ada lagi sampai sekarang. Sob sob sob... dah berapa ramai agaknya yang mendapat dan mempraktikkan ilmu tersebut.

Nanti next entry pius share ya.

Huhuhu.. entry raya pun tak tulis lagi. Hahaha. Memang kemalasan sangat sampai update pun guna tepon je.

Baiiiiiiiii



No comments:

Powered by Blogger.