Kenangan Raya Zaman Kanak-kanak

/
0 Comments
Bila teringat zaman kecik-kecik dulu mesti rasa best je. Seronok sebab duduk kampung...
meh aku lukis sikit keseronokkan kampung aku waktu kecik-kecik...

selepas 30 minit....

hahaha. cantik sangat ni aku lukis. Aku pun dah tak berapa nak ingat rupa kampung aku macam mana. Yang aku ingat ada kawasan lapang untuk main rondes, baling tin, baling selipar. Rumah aku atas bukit, jadi jalan tar sampai naik bukit je. (yeke?)

Masuk darjah 5 aku pindah rumah nenek sebab atuk sakit dan sekarang selepas 16 tahun aku pindah balik ke kawasan Kampung aku dulu.  Dulu glamour bukit botak ni. huhuhu beberapa kali masuk berita sebab asyik tergendala projek bangunkan penempatan baru. Nama sekarang dah glamour sikit la. 

Time puasa dulu seronok sangat la bila ingat balik. Time tv ada pengumuman puasa, anak-anak (aku la tu) kecoh la sampai rumah jiran sebab seronok esoknya puasa. Time puasa pun sibuk kehulu kehilir main tali skipping.. bila malam ramai-ramai pergi surau terawih. Singgah beli bunga api sekali.

Sekarang tak merasa lah nak main baling tin, main galah panjang, baling selipar. hurrmmmm. Apatah lagi nak beraya satu kampung.

gaya tempurung memang menjadi igauan...
 Time rayo ni, rasanya masa umur 5 tahun. Dalam family, gambar aku je takde masa baby. Huuuuu dengan alasan kamera rosak masuk air. Bila adik lahir iaitu masa aku umur 5 tahun, baru beli kamera baru. Yolaaa anak lelaki first...... jatuh taraf anak bongsuku,,

Sampai sekarang bila aku belek album gambar, mesti aku akan tanya mak kenapa gambar aku takde! Boleh cetus pergaduhan ni tanya bebanyak kali, hahaha.

adik baruuuuuu
Tiba-tiba pulak ya cerita pasal gambar baby takdok. 

Baju raya dulu semua mak aku yang jahit. Pernah satu raya tu, aku teringin nak baju moden, takmuh pakai baju kurung. Merajuk bagai sebab mak aku ni mana tau sangat jahit baju modern. huhuu.. esoknya bangun dah siap tergantung baju kurung modern dengan kain terbelah. hahaha. Aku ni kuat merajuk, asal merajuk je demam. Tu yang tak menahan tu.. 

tagline "mak.. tengok ayut dah demam dah..." memang diingati satu keluarga aku. Termasuk la tagline "praapp" yang korang biasa tengok kumpulan bocey tu buat. Hahaha. 

Eh. aku bosan sebenarnya harini.


No comments:

Powered by Blogger.