Penakut sangat, macam mana nak duduk kampung?!

/
0 Comments

Huaaahhh takutnya! Menangkap anak ayam di malam hari -_____-" semalam teman cik kiah tutup reban ayam memalam. Takutt gilaaaa. Dengan gelapnya. Pasang lampu kepala lagi. Siap jumpa ular... patah balikkkkk!!! wuuuuuuuuuu saya takuttttt.

Ni dia menangkap anak ayam nak asing reban pulak. Aku ikut separuh jalan je. Pastu lari balik rumah duduk atas batu. Takut ular punya pasal!

Cengkerik dari tadi berbunyi ni hah. Suluh sikit nampak la kepak dia bergerak-gerak.

Siang tadi kasi ayam makan. Berlari berterbangan la ayam sepantas kilat dengar tuannya panggil makan. Berdesub dari jauh!

Selalu aku tengok runningman tengok dorang masuk kampung takut dengan ayam. Ceh siap ejek ni... ayam pun nak takut ke?

Sekali... bila sampai sini... aku pun takut ayam wehhhh. Gerun semacam bila dia kembang ekor dia tu. Rasa macam nak kena kejar. Mak ayam lagi lah garang semacam. Heiiii...

Tapi yang bestnya :) bila kawasan gelap, langit nampak cerah. Nampok lah bintang berjuta di langit. Allah... suka sangat la hati ni. Kalau berduit ni mau den buat rooftop garden. Hahaha nak menatap bintang punya pasal.

Rumah cik kiah ni memang kiri kanan hutan je. Belakang sungai. Banjir tahun lepas rumah dia pun tenggelam sama. Sampai ke bumbung. Kira sepanjang hidup dia...ni la banjir paling besar sekali. Setiap tahun banjir sampai pagar luar rumah je. Kira kalau nak main banjir tu kena keluar rumah la baru dapat cecah-cecah kaki. Tahun lepas tenggelam terus rumah. Aku pun terkejut.

Sedih pun ado. Bisnes bepang almond time tu baru naik. Customer tetap pun dah ada. Tu berterabur bekas-bekas kuih dia keliling rumah berlumpur.

Rumah pun dah lain. Perabot semua takdok dah. Time ramadhan duduk rumah kecil tepi rumah (bekas kilang bepang). Raya ni baru masuk balik rumah. Tu pun ada lagi tak selesai. Rumah pun ada lagi kesan-kesan lumpur.

Tapi dorang happy je macam biasa :) family cik kiah ni peramah. Aku ni je ha yang tak reti nak borak borak. Tambah tambah bila dorang cakap loghat. Memang tak menyampok terus sebab tak paham. Hehe.

Anak dia ni dari tadi dok cium aku ni ha. Hamboi mesra sangat eris ni. Kiri kanan kiri kanan.

Ermmm esok balik dah :) siapkan kerja kejap. Petang baru balik.

Dalam debaran, berjalan juga urusan dekat sini. Takut. Berdebar.takut. ehhh semua ada ni.

Pius.
Jerantut, pahang.



No comments:

Powered by Blogger.