Tanam Kailan

/
0 Comments

Letih rasa nak berehat sepanjang hari. Tadi pagi bawak mak dan cik ara pergi shopping raya. Punya ramai orang, berpusu-pusu. Ada dapat voucher RM100 dalam 600 orang katanya. Tapi boleh guna dekat giant jela. Dah dapat tu guna jela. Banyak juga barang dapat beli. Kordial 4 , ketupat faiza 7 bungkus, tisu bagai, biskut-biskut. Lampu kelip-kelip pun ado! Entah apa lagi dibeli. Biskut raya semua memang tak beli la. Tengok nama pengilang macam was-was je, tak payah la beli. Beli homemade dari orang je senang. Dah tau siapa buat.

Selesai membeli hantar cik ara dulu. Singgah sekejap tengok pokok-pokok yang cik ara tanam. Semua la gebu-gebuuu. Ya Allah seronok gila tengok. Semua naik cantik je. Dah macam cameron aku tengok. Macam-macam ada.. pokok roselle, delima, betik, limau, cili, bendi. Semua dah berbuah.

Aku tengok pokok-pokok mak aku tanam semua kurus keding je, tak segebu pokok cik ara.Tapi ada hasil jugak la. Bendi dah berapa kali petik buat masak.

Sebab kita orang tanam tak bubuh baja. Hahaha. Lepas ni kena pergi beli la. Mak aku ni buat baja sendiri.

Tengok mak menanam aku pun sibuk jugak la nak menanam. Pergi beli pasu dengan benih kailan. Sebab aku suka makan kailan. Niat hati nak tanam brokoli. Hahahaha.

Aku pun tanam terus dekat tanah tak semai dulu. Huuuuu main bedal je. Lepas 2-3 hari benih bercambah. Kembang-kembang hati gembira.

Ada satu bekas tu kucing berakkkk habis benih baru bercambahhh. Elok pulak time tu tengah wasap dengan cik kiah pasal blog. Dengar bunyi-bunyi then bau busukkk... sekali mengintai dekat tingkap... kucing tengah berak dalam pasuuuu.

"Biar jela buat baja"

Ehhhhh taknakk.

Buang la tanah tu tukar baru. Begitu gigih ya. Harini dah 17 hari tapi ketot je lagi. Nak pergi beli baja. Ingat nak pergi hari ni tapi dah tertido bagai time nak menulis blog ni (pakai tepon) . Esok la jawapnya.

Okay bai.

P/s: Hilang stress



No comments:

Powered by Blogger.