Yeaahh dah balik!

/
0 Comments
Poyo sangat la homesick bagai padahal pergi 3 hari je. tu pun dekat Bangsar dan Putrajaya. Homesick sebab tak dapat makan mak masak la kot. hahaha. Bulan pose kan.

Jap eh, aku nak pergi tengok cerita betty sebenarnya ni. jap lagi la sambung ya. huhu. save dulu.

haha, terlajak tengok tv pulak.

Sori korang, hari isnin-rabu lepas pius takde, pergi bantu Dr Dini punya program dekat Bangsar. Ulang alik Putrajaya-Bangsar. Memang tak dapat nak on whatsapp sangat. Jadi terlewat sikit proceed tempahan. Tapi tak lah lewat sangat kan. Sempat juga aku buat kerja tengah malam. Dapat la proceed 4 tempahan. Balik je hari rabu terus proceed 2 lagi tempahan. Kelam kabut jugak la. Balik hari rabu malam, tak sempat rehat korang dah whatsapp. hahaha. terkejut beruk terus lari pergi selesaikan kerja.

Hari ni relak sikit la :)

Kalau sticker label untuk raya ni memang kena buat cecepat. Tengah musim orang menjual kuih rayo kan. Aku pun laju je haa buat kerja, taknak korang dapat sticker label lambat. kang tak cantik pulak packaging korang. Customer nak beli pun tak best.

Ni, lepas raya orang dah sibuk Majlis kahwin. Tempahan untuk sticker kahwin pun dah mula masuk.
Pius pun tengah usahakan website khas untuk korang pilih readymade design. Free design la. Senang, pilih design terus proceed cetak.

Okay-okay la. Bai. Macam dah merapu pulak aku update.


No comments:

Powered by Blogger.