Bedtime story

/
0 Comments

Harini cuti. Aku tak pergi mana pun.
Kerja apa pun tak buat sebab dok
Layan drama korea. Habis la basah baju.. banyak pulak adegan air mata.

Hurmmm... korea.. asyik hilang
ingatan memanjang. Hehe. Buat la
genre lain sikit. Macam Teacher's
Diary (Thai) ke..

Ni.. setiap kali cerita ada je penyakit,
Hilang ingatan la... hikkk. Aku juga
yang tengok. Bosan.

Buku pinjam haritu dah habis baca
cuma pulangnya tidak. Rasanya kena
pinjam lagi... encik library tu kasi
2 buku je sekali pinjam.

Library nya kecil tapi banyak juga
buku yang latest di pasaran. Ada la
terselit satu novel aku pinjam...
Tapi bahasa novel tu tak seronok nak
baca... tapi habis juga :)

Esok nak pulang buku.. nak pinjam
buku lain... banyak sangat buku
rambang mata... semua nak baca.
Tapi encik library tu selalu sangat
buka lambat. Cuti memanjang.

Patut ke aku letak bubur dimejanya
next time?

"Nah.."
"Apa ni?"
"Bubur..."
"Bubur? untuk apa?"
"Yela.. setiap kali saya datang je tutup.
Kot la demam"

Haha imaginasi je tu.

Tapi ok la....Jangan pandang rendah
library kecil! Hehe.

Hanya story yang mungkin seronok
dibaca kemudian hari...

Selamat malam....
Selamat pagi orang oversea. Eh

Instant update



No comments:

Powered by Blogger.