Instant update

/
0 Comments

Huhu.. tak tau nak letak tajuk apa. Rasa macam banyak cerita nak type tapi dari tadi dok pikir nak taip apa....

Tahun ni puasa ganti awal. Hahahaha selesai dah ganti. Ada haritu tidur rumah cik kiah. Sahur dekat sana. Elok tengah sedap makan tiba-tiba kerusi pius duduk patah. Haha. Ber eh eh eh la den kala itu. Kerusi banjir katanya. Jointing dah reput terendam banjir.
Hahaha. Lain kali kena duduk sipi sipi jerrrrrrr.

Duduk sini menuntut cik kiah mcm macam. Nak pergi mancing, hang kata nak bawa aku...

Semalam nak pergi pancing, cengkerik pun dah beli tapi tak sempat sebab dah petang sangat. Dok melompat lompat la cengkerik tu. Digeriknya plastik tu sampai bocor.

Cik kiah ngan adik dia la menangkapnya. Den memang tak la... huhuuu..

"Dah tu macam mana nak memancing?"

"Hang tolong cucuk la cengkerik"

Harapan hati nak datang memancing jerrrr. Pakej mata kail dah siap sedia.

"Selalu dapat ikan besar mana?"

"Besar ni , kadang besar ni"

Laaa keciknyeeee (besar jari kelingking). Den ingat besar tapak tangan ke....

Huhuhuhu... pun boleh. Nak harap si baem bawa pergi mancing memang sampai kesudah la tak dibawanya. Pergi dengan geng  geng dia ajer. Takkan tiba tiba nak bawa kakak sorang ni.

Okay la aktiviti dekat sini. Pius pun memang suka aktiviti macam ni dari bershopping. Kot lepas ni husband hang beli atv, boleh la den join sekaki. Hahaha.

Haaaa... lagi satu. Air terjun takdak!! Hahaha kempunan la nak mandi air terjun macam ni. Rumah den yang dekat dengar bandar tu pun senang nak cari air terjun. Apo ni cik kiah? Kampung susah nak cari air terjun??
Mula la cik kiah tu membebel...

Pasrah... hehe.

Semalam pergi kenduri shira dekat jerantut (Majlis sebelah lelaki). Dapat la merasa lauk orang kahwin. Hehe. Rasa macam nak tapau je daging semalam. Sodap yang amat!!

Instant update mobile.

Bai



No comments:

Powered by Blogger.