Makan-makan Doa selamat

/
0 Comments

[Bedtime story]

Minggu ni family cik kiah ada buat
makan-makan doa selamat....
Katanya sempena masuk rumah
lepas banjir + buka ofis + (tak ingat).

Beberapa hari lepas.. mengamuk la
Cik kiah tu. Sebab ayam-ayam dia
kena makan dek musuh. Siap nak
balik awal tu.. sebab nak pergi
potong kayu nak buat reban baru.

Reban kebal musuh la kot. Haha.

Dengan den sekali terjebak pergi
teman dia potong kayu. Bukan dia
la potong. Suruh orang je tapi sebab
lelaki kan.. bawak la teman.

Entah memacam benda la dia ni
buat. Tu ada arnab tersesat dalam rumah dia..
Esok lusa naik la reban arnab pulak.
Hahaha.

Esok lusa nak sembelih ayam buat
kenduri. Sedapnyoooo tapi takut
naik alah pulak. Entah sejak bila
alergik dengan ayam ni. Musykil~

Ayam tak boleh.. cheese tak boleh..
Cheese cake betul!

Esok cuti.. tapi rasa macam nak
buat kerja. Macam tu la.. bila buat
benda yang kita suka. Buat kerja
tak ingat dunia. Makan tah pukul
berapa.. balik lambat sentiasa. Huhu.

Patut la mak selalu pesan.. bila time
makan.. makan. Mesti dia dah tau
anak dia ni bila buat kerja, semua benda entah kemana.

Kadang malam pun duduk lagi depan
komputer. Yela kadang tu bila buat
kerja tak perasan dah tengah malam.

Sekarang je dah tak buat kerja malam, sabtu dan ahad. Masuk ofis isnin-jumaat siang. Kalau dah
borink sangat tu baru la sentuh kerja
waktu cuti.

Selamat malam.

Takde mood sangat nak menaip.
Nyamuk banyak!



No comments:

Powered by Blogger.