Office dan Environment Baru

/
0 Comments
Hihi.. Assalamualaikum :)

Alhamdulillah ruang kerja sudah selesai disetup cumanya ada sedikit lagi belum selesai. elektrik dekat ofis tak berapa nak kuat jadi kalau on 2 pc dan segala macam device akan berkelip-kelip la lampu. Pc pun on off sentiasa. huhu. Baru panggil orang wiring tadi, InsyaAllah lepas ni semuanya akan okay :)


Ni meja pius. Rasa macam dah cukup cantik dan selesa untuk buat kerja. Sama macam meja sewaktu bekerja makan gaji dulu.

sekali......




Sekali ruang kerja cik kiah bukan main lagi pakai kerusi bos! Terus nampak cinoni je kerusi den di hujung sana :) huhuuu terus kita tukar jugak la pakai kerusi bos. hikkks. Mulanya taknak pakai kerusi hitam tu, tapi macam best pulak kan.

Sekarang ni rasa macam back to basic balik. Betul-betul keluar dari safe zone. Serupa sebijik macam waktu study dulu :) Semuanya kena buat sendiri. Nak makan kena masak sendiri.... hehehe. Tolong la bersyukur bila mak masak dan sediakan makanan dekat rumah tu.

Tapi bersyukur sangat. Banyak perkara dipermudahkan. Urusan Office pun dapat banyak kemudahan. Suami cik kiah pun banyak membantu. Bersyukur la weh hang dapat suami yang boleh membantu dan memberi sokongan. Hehe :)

Doakan yang baik-baik untuk den. hikkkkk


Jika dulu kiri kanan bangunan. Sekarang kiri kanan banyak kehijauan. Takpe, ada BAYARAN yang perlu kita bayar untuk setiap perkara yang kita inginkan. Untuk permulaan, lupakan segala kesukaan, tahan diri. Berani kan diri.


Tahu dekat mana? Ni kawasan berdekatan lombong bijih. Hehehe...


Kiri kanan jalan.

Takpe... yang penting kita bekerja duduk satu office dan berusaha bersama. InsyaAllah. Biasalah untuk permulaan setiap step akan ada sedikit perubahan dan perlukan masa untuk sesuaikan diri :) yang paling penting, sudah bergerak ke satu lagi anak tangga.

Usaha Fairuz!


No comments:

Powered by Blogger.