Pakej Memancing Ikan

/
0 Comments

Hehehe akhirnya dapat jugak kita pergi mancing. Pakej siap pasang umpan. Harini balik je kerja terus merempit naik motor dengan cik kiah. Niat dihati nak memancing ikan, mana tau kot kot ada talent memancing ikan. Walhal nak letak cengkerik dekat mata kail pun fail! Pegang pun idok.

Sampai dekat sana, masuk la kebun orang kampung. Ada sungai kecik.

Suruh cik kiah pasangkan siap siap umpan. Turun sikit tebing. Baling umpan.

Hahaha gembira... baru baling umpan tu dah gembira. Belum lagi dapat ikannya.

Lama tunggu... den ni kurang kesabaran. Asyik dok angkat angkat mata kail tu. Haha. Sekali.... huahhh dapat ikannnnn!!!!!! Ikan haruan!!! Tapi bukan den yang mancing. Hahahahaha tak dapek den nak membanggo kat sini.

Bukan main lagi cik kiah tarik batang pancing dia tu. Melambung kelangit. Ni gaya apa tak tau. Belum pernah den tengok orang tarik ikan melambung ke langit. Hahahaha. Dapat la dia ikan haruan.

Den yang menelan air liur dari tadi tak dapat-dapat. Hilang kesabaran memancing ikan ni. Baru sekejap dah gibab.

Sampai kesudah.... takdok juga ikan yang lekat. Sekadar gigit kepala cengkerik je. -____-

Next time k. Tunggu den buat kajian dulu. ahak.

Instant update Hp



No comments:

Powered by Blogger.