Pecut balik rumah ♥

/
0 Comments
Hehe. Jumaat lepas entah kenapa rasa nak balik rumah sangat padahal takde dalam perancangan pun nak balik. Petang tu terus beritahu Cik kiah, den nak balik rumah. Pukul 5 dah tutup office. haha. Kang keluar lambat, alamat lewat la den sampai rumah.

Yeahhh. Sampai rumah dalam pukul 9 malam sebab menyinggah RNR Genting Sempah. Sampai je rumah........ buka tudung saji dulu. Hahahaha. Lapor makanan rumah. Ada sambal sardin. Hurm sedap sangat dah ni asalkan mak masak

Niat hati nak menjengguk pokok kailan. Haha tapi malam sangat pulak. Duduk depan tv je tunggu Runningman. ngeh. tak sempat tengok... tidur keletihan. Sapo la kata pergi pahang 2 jam je.... agaknya bawok ferarri lepas la 2 jam. haha. ampun.



Pokok kailan dah membesar 


Pokok Malberry dah tumbuh daun dan buah 
Best sebenarnya menanam ni, suka hati bila pokok menjadi.




Hari sabtu hujan lebat tapi hujan dekat rumah selalunya tak menakutkan sebab ada orang. hehe. Cuba kalau duduk sensorang....... mau den selubung bawah selimut dengar guruh berdentum. 

Petang sabtu, semua bersiap nak pergi rumah terbuka. Memandangkan mak den pun masak brekpes je jadi mai la kita mencekik darah di rumah terbuka. Dalam kepala dah terbayang bihun sup, yurm ♥ beberapa hari ni mengidam bihun sup memanjang.

Sampai di rumah terbuka............. satu apa pun takdok. hahahahahaha. rumah terbuka dibatalkan. Apo la baim! bukan nak habaq. Hurm.. menyinggah la rumah nenek makan donut panas. Habis kena bahan.. hehe.

Ahad mak masak sedap pulak terus tak jadi balik. Sambal udang petai dan sup ketam. Hurmm.... takmuh la balik gini. Isnin pagi baru balik. Hehe.




Ni ikan haruan yang cik kiah mancing. Hahahaha dia gorengnya kasi den. (pic lama)

Okay la. bai. tunggu kilang proceed print dari tadi. Pending pulak jadinya. sambung kerja 


No comments:

Powered by Blogger.