Minggu saiko~

/
0 Comments
hehe 

Rasanya dalam setahun kena ada saiko's day.... dalam bahasa mudahnya psycho's day
Dan dengan ini saya mencadangkan 7 september 2015 sebagai hari penuh kesaikoan. (Tiba-tiba) Sebab semalam tak boleh nak tidur, banyak sangat pikir bukan-bukan. haha. Gara-gara mimpi malam ahad. ayooo. ngeri.

Disebabkan kepala asyik memikir itu ini... terus belek handphone. Buka pinterest...

Search: Weight loss workout (hahahahahahahaha)

Begitu dasyat sekali tajuk yang di search. Okay dengan semangat jitu nak workout esok pagi.


Okay, selepas dibaca, dibaca dan dibaca... maka paham la hamba... tak semestinya kena jogging dan berlari untuk kurangkan berat badan. Fuhhh... jadi hamba memilih untuk menari dan bertali skipping dengan harapan orang bawah tak hantar surat layang.





Pagi tadi lepas solat, terus pasang lagu workout (kikiki). Mengikut jadual di atas, pius cuba strength training dulu. Sebab nampak macam mudah. hahahaha (gelak berhabisan).

Siap warming up....


Dia tulis 5, 10, 15 minit. percayalah. baru buat 30 saat dah rasa sakit sangattttt. Ahhh.. senaman apa niii?? sedaya upaya aku bertahan 30 saat untuk satu sesi. Lama sangat rasa...

FIFTEEN SECOND plank??? ahhhhhhh... ahhhhhhhhHHHHHHH

Nampak gayanya... macam dah terlebih rehat sangat lemak-lemak ni. Huhu. memang mencabar... hoii. cuba buat.

Ni... nampak je dia gembira. padahal luar set menanggis nak habiskan 20 kali turun naik kaki. Menderita aku pagi ni. Tapi best jugak la, tengahari takde la mengantuk walaupun kaki sengal-sengal. hihi  

Tengok la berapa lama boleh bertahan ni.


No comments:

Powered by Blogger.