Bahasa

/
0 Comments
Assalamualaikum.

[Dah pagi bebenor dah ni, bukan bedtime story lagi]

Alhamdulillah, tracking number dah keluar awal pagi rabu. yehaaa. Jadi awal-awal pagi lagi pius dah update tracking number dengan customer. Ya, memang selasa kilang dah hantar pos. Kilang is the best! mengikut jadual dan menepati masa. (baca isu : tracking )

Pius kekal reply dengan bahasa penuh dan tak lupa untuk minta maaf atas kesulitan. Yela mana tau kot-kot customer tak jelas penerangan yang diberi semasa membuat tempahan. Sebenarnya dah beberapa kali pius scroll mesej, baca balik penerangan yang pius beri. Baca balik kekurangan penyampaian. Mana kita nak tahu, kadang terlepas maklumat untuk diberi pada customer.

Tapi bila di semak balik, ada je penerangan tempoh cetak dan postage menggunakan skynet.
Ada la tu kat mana-mana yang termiss. Next time kena detailkan lagi maklumat, agar lebih difahami dan jelas. gitu



Jika korang pun peniaga online sama seperti pius, jangan risau. Kekalkan ketenangan seperti biasa walau hati ada membara sedikit. Hehe. InsyaAllah nanti customer akan diprogram dengan kata-kata dan penulisan kita yang baik-baik. Nanti next time, kita akan lihat customer juga guna perkataan yang baik-baik.




Jangan lupa minta maaf, sebab kita pun tak tahu kadang kita tersalah bagi maklumat, terlupa terangkan dan sebagainya. Kalau kita tak salah sekali pun, tetap juga minta maaf atas sebarang kesulitan. Ewah macam dah berpuluh tahun niaga.

Dulu mentor pius selalu pesan, jaga bahasa dengan customer. Jangan tulis ayat ringkas-ringkas (short form).  Penulisan tu kena Full. Guna bahasa melayu betul. Jadi pius memang sentiasa beringat setiap kali balas mesej customer. walaupun kadang-kadang ada juga yang ter-short form. hehe.terutamanya bab bahasa melayu betul tu, selalu noh bercampur dengan omputih.

Kadang mesej dengan kawan pun terguna bahasa penuh. sampai kena sound. "tak payah nak skema sangat la fairuz" Hehe

Kalau korang berurusan dengan pius, memang pius guna bahasa penuh la ya dalam mesej. Dalam mesej jela. kihkihkih. Supaya lebih mudah orang yang membacanya. Pius pun lebih suka reply mesej kemas-kemas.





Lama tak update guna komputer. Bila dah update isu negatif pulak ya. haha. Takdelah negatif, ilmu ni. Untuk dipelajari dan digunakan pada masa hadapan.

Orang kata dalam bisnes, jika tiada situasi (masalah)... maksudnya kita tak bergerak ke tahap seterusnya. Jadi bila ada situasi dan kita berjaya hadapinya, maknanya kita telah satu tapak ke hadapan.

Eh, betul ke?

Hehe. Bai.


No comments:

Powered by Blogger.