Bisnes : Salah target market

/
0 Comments

Lewat malam di waktu damai dan sunyi, wayang mula menayang kejadian lepas. Juga terbayang wajah manis serta kacak Mark Adam yang sedang menyanyikan lagu Marry me. Eh.

Degilnya mata ni tidak mahu lelap. Baring sambil mendengar alunan lagu dari Mark Adam. Saja ubah angin mengenangkan betapa ******** Mark Adam. Haks.

Biasalah bila mata tak mahu lelap, fikiran akan flash back segala kejadian lepas. Yang terbaru, 1Met yang dihadiri awal oktober lalu. Bersama dua rakan lain ke Putrajaya dengan niat menambah ilmu dalam bidang keusahawanan. Program 1Met berkisar tentang bagaimana menjana idea untuk permulaan bisnes. Bermula dengan grouping, brainstorms, problem solution, business model canvas (bmc), prototype sehingga ke pembentangan akhir dan beberapa tips dari pemilik bisnes yang telah berjaya antaranya MyTeksi.

 Perkara asas yang mungkin sudah kita lupakan ini sebenarnya memberi banyak manfaat.

shira, suzi dan pius (satu geng sebab ada minat yang sama)




Bersama ahli kumpulan dan mentor
wefie hari terakhir
Sebelum pembentangan pertama
Bergambar bersama panel juri, Encik Ahmad
Selepas pembentangan pertama. haha
Dapat masuk ke pembentangan akhir
Seronok dapat berkenalan dengan mereka yang juga minat dalam bidang keusahawanan. Jangan kata orang muda je ada, warga emas dan pensyarah pun ada. Dalam kumpulan pius, ada tiga orang yang memang sudah ada perniagaan sendiri (termasuk pius) dan dua lagi masih belajar.
 
Selain program 1Met, ada juga group pakar dari Er360 yang bersedia memberi nasihat dalam bidang dan aspek tertentu. Bahagian ini lah yang banyak membuka minda si katak ini.

Didudadidu kawan-kawan tolong aku... (lagi lagu Mark Adam sedang berkumandang)


Hurm, macam tiada ciri-ciri designer je.
Hari pertama pius ke meja social media dan mendapatkan nasihat dari pakar berkaitan instagram dan beberapa social media yang lain. Hari yang sama, pius mendapatkan khidmat nasihat dari pakar design dan advertising. Dekat sinilah terasa betul seperti katak bawah tempurung yang kini telah mendapat sedikit cahaya setelah ditebuk tempurungnya oleh pakar. Huuu (icon nangis)

Setelah mendengar nasihat dari pakar (pemilik bisnes), pius disarankan untuk menukar target market. Kerana apa? Biarlah rahsia... hehe. Tidak mahu korang kecewa serta berkecil hati dengan reason-nya nanti. Maafkan hamba.

Hari kemudiannya, pius ke meja pakar yang lain pula. Nasihat sama diberi iaitu tukar target market. Beberapa tips lain juga diberi oleh pakar. Pius anggap pakar sebagai burung yang telah terbang tinggi dan berupaya melihat semua di bawahnya (bird eye view). Di mana, segala laluan baik dan buruk dapat dilihat dengan jelas. Antara sebabnya ialah mereka sendiri adalah dari bidang tersebut dan telah melalui pelbagai jalan dan sudah tentu mereka lebih arif laluan mana yang perlu di lalui untuk sampai ke destinasi pilihan. Ewah. Sebab itu mentor itu penting dalam bisnes.

Antara nasihat lain yang diterima adalah dari segi personal branding. Dimana sebagai usahawan ianya amatlah penting. Tanpa kita tiadalah bisnes. Begitu kata pakar. Puas lah haritu bersoal jawap di meja brand  berkaitan kepakaran diri sendiri. Sebagai pemilik bisnes, penting untuk buat penjenamaan diri. Yang kita ni kalau boleh nak kerja belakang takbir je, tak mahu menonjol katanya. Pigidah.

Selepas balik dari Putrajaya, terus siapkan beberapa tempahan yang masih dalam proses serta membuat beberapa perancangan untuk siapkan profile company. Tempahan untuk design tidak dapat pius ambil buat masa sekarang dan hanya mengambil tempahan ready to print sahaja memandangkan kini dalam proses menukar target market.
 
Sekarang pius sudah mula membina profile company (design portfolio) dan sedang mereka bentuk logo untuk satu syarikat produksi (Film productions) yang baru bertapak di Malaysia. Senang cakap baru berdaftar. Huhu. Jangan tanya nanti macam mana tiba-tiba muka kita ada dekat tv sebagai pengacara. Haha.

Ada lagi beberapa syarikat akan mengalami proses yang sama.

Semua ini antara usaha untuk menukar target market serta mengembangkan lagi bisnes ketahap lebih tinggi. InsyaAllah. Amiin.

Okay.

Selamat Malam. Pangako sayo (ni je yang tahu) memandangkan sekarang telah terkena penyakit bernama mark adam. Padahal dia pun cakap bahasa melayu je. Ahaks.


No comments:

Powered by Blogger.