Cerita tentang makanan

/
0 Comments
Hari ni cik kiah tak datang kerja, telefon pun tak berangkat. Stress sangat nampak gayanya. Heee. Dari semalam dia dah bisng-bising esok nak cuti. Haha. Stress buat kerja.

" ya, cutilah..."

Ingat dia main-main, memang betul tak datang. Cutilah.. Kesian pulak pius dekat dia. Terbayang-bayang diri sendiri waktu mula-mula libatkan diri dalam bidang design dan cetakan. Tapi sebab dah lalui zaman tu, jadi memang dah lupa beberapa teknikal yang kena jaga tatkala buat design. Dah sebati dalam diri.

Dah... saja update pasal kerja.

Tadi lapar sangat, semalam tak masak nasi.. makan merapu je. haha. Hari ni rasa nak makan nasi. Teringat dalam peti ais ada cendawam shitake, beli minggu lepas. Okay la kita masak sizzling rice la sebab paling mudah. Bahan-bahan pun ada.


Pagi petang siang malam, inilah lauk harini. Sizzling rice chicken mushroom. Walaupun alergik dengan ayam tapi tetap makan ya. Malam kang timbul la gatal-gatal. Tak paham dengan ayam sekarang ni, dulu takde pulak alergik. Nasib ayam kampung boleh makan.



Semalam malas nak masak, pagi makan oat, malam makan magie dengan kimchi.


 Kimchi buat sabtu ahad baru ni. Mula-mula rasa macam tak sedap, beberapa hari lepas tu baru sedapnya datang. Sedap sangat makan dengan magie. hehe. Kena buat lagi ni, tak sampai seminggu dah habis.

Selasa baru ni pergi rumah cik kiah, umi bagi buah katak puru. Tak pernah la pulak kita merasanya. dengar nama pun tak pernah. Korang pernah makan ke? Rasa dia macam mangga sikit. Masam-masam.

Buah katak puru
Takdok apa nak update la. saja. Borink buat kerja sengsorang kat office. Ada 6 design kena siapkan. 5 dah update. Ada lagi 1 plus 1 lagi tempahan baru masuk.

Esok nak balik rumah,  sabtu ahad ada program. Pergi bertiga, pius,cik kiah, shira. Buah hati Puan Shira ada kojer jadi tak dapat ikut. So naik satu kereta dari rumah pius.

Jom kita bergembira


No comments:

Powered by Blogger.