Dilamar untuk bekerja secara tetap

/
1 Comments
Amboi dilamar.... lamaran sedang dipertimbangkan. hehe

Pagi tadi pius menerima satu panggilan dari seseorang yang amat dikenali. Lama tak berhubung sebab pius dah tukar nombor baru. Memang dah lama teringat nak telefon tapi tak juga ditelefon-nya. Dr.Dini call pagi tadi tapi pius tak angkat sebab baru bangun tidur, tak mahu la bercakap menggunakan suara katak. Kita tunggu fresh sikit baru kita call kembali.

Selepas bertanya khabar dan berborak panjang, akhirnya Dr.Dini menyatakan hasratnya untuk melamar pius bekerja secara tetap di syarikatnya sebagai Admin Executive. Sebelum ke Pahang, pius selalu join Dr. Dini sebagai fasilitator untuk program-program yang dijalankan.

Dalam fikiran pius satu ini aja...

" IF YOU DON'T BUILD YOUR DREAMS, SOMEONE WILL HIRE
YOU TO HELP BUILD THEIRS"

Secara seriusnya itu yang sentiasa berada dalam fikiran pius. Jadi bila ada yang offer kerja tetap, pius akan... erm ermmm kena fikir dulu. Pius kena pertimbangkan dulu.. dari segi gaji berbaloi ke tak. Jika gaji lebih kurang sama je macam kerja sendiri, baik bekerja sendiri ya tak. Kerja pun setengah hari je. macam mana pula dengan impian dan cita-cita saya bila sudah bekerja dengan orang? Itu persoalan utama.

Jadi tadi Dr terangkan, dia takkan menghalang pekerjaan pius sedia ada. Malahan kemudahan dekat pejabat lengkap, internet berkelajuan tinggi semua ada. Pius boleh teruskan kerja di situ. Kira multiple job la katanya. Dalam waktu yang sama dia nak memperkembangkan bakat dan kebolehan sedia ada pius. Kira bergerak seiring. Sebab Dr banyak networking yang selalu ada job berkaitan design. Malahan kreativiti pius boleh digunakan untuk program-program atau seminar berkaitan design seperti seminar adobe illustrator. Dimana sebelum ni pernah juga client offer untuk pius jadi pengajar untuk seminar belajar illustrator. Mereka sebagai penganjur menguruskan marketing, peserta serta tempat dan pius hanya datang bercakap di depan. Mungkin begitu lah bakal terjadi jika pius bekerja di bawah Dr Dini nanti. Kata Dr, tambah lagi income you.

Pius sedar, untuk berjaya kena keluar dari pejabat. Tak boleh mengadap komputer selalu. Jika pius bekerja bawah Dr (syarikat consultancy):
- Masih boleh teruskan kerja sebagai designer
- Pejabat dan kemudahan lain telah tersedia, tak perlu menyewa pejabat lain.
- Ada peluang memperbaiki cara penyampaian
- Ada peluang mengetengahkan bakat bila Dr membuat program berkaitan design (kemahiran) untuk syarikat serta sekolah.
- Networking Dr memang dah besar, pius tak perlu pening-pening lagi. Asal ada je job-job berkaitan design akan di serah kepada pius. (Dimana Syarikat-syarikat besar sanggup bayar beribu untuk design )
-Gaji bertambah, kemahiran dipertingkat.
-Duduk dekat dengan family

Yang tak bestnya pula:
- Perlu bekerja di bawah orang
- Perlu ulang alik mengadap jem
- Tak fokus 100% dalam bisnes sekarang
- Macam mana partner serta pejabat sekarang?
- Jika bekerja bawah Dr, sudah tentu akan merantau satu Malaysia - langkawi, sabah, perak mengikut jadual program. Jadi agak-agaknya sempat tak kita nak buat design? itu persoanlannya. pius kena hire designer la kot.

Jika pius bekerja bawah Dr, peluang untuk ON the bussiness itu lebih cerah. Sebabnya:
1) Selalu jumpa orang.
2) Boleh hire designer.
3) Networking Dr boleh digunakan.
4) Multiple income

Memandangkan sekarang masih lagi IN the business, maknanya semua benda kita yang buat. Untuk maju kita perlu ON the business (ada orang buatkan kerja untuk kita)

Hurmmm. agak-agak?

Kena bincang dengan Suzi Tee ni.




1 comment:

Zul Fattah said...

salam. Alhamdulillah dapat peluang keje tetap dan dlm masa yg sama leh buat side income.. a,nik je pluang ni.. tu rzeki namanya.. kalau x mampu, tinggalkan salah satu.. supaya x kelaut kmudian ari pius

Powered by Blogger.