Jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lipis

/
0 Comments
Feeling-feling
Hari ini.. hari ini.. hari ini... kita berserabut sedikit fikiran. Hehe.

Alkisahnya hari ini sibuk berbincang dengan Suzi Tee berkaitan target dan hala tuju bisnes. Ikut perancangan, kerja-kerja design sticker label akan dihentikan untuk tujuan menukar target market. Tetapi setelah berbincang itu dan ini, akhirnya dua-dua sepakat untuk terus mengambil tempahan untuk design sambil-sambil siapkan portfolio dan profile company.

Itu yang membuatkan kita hilang fokus. Terus ajak Suzi Tee makan luar (sebab tak masak, hehe) dan jalan-jalan sekitar Kuala Lipis. Ambil angin, detach dari kerja sebentar walaupun keadaan masih berjerebu.

Bukan pergi mana sangat pun, Bandar lipis bukan seperti Selayang Baru ada Mall dan Ulu yam. Hehe. Ampun. Masuk kedai beli buah tangan untuk majlis bertandang adik suzi dan beli ini.....

kata nak kurus kan... (background belakang tiada kena mengena. kiki kena kutuk dengan cik kiah)
Selepas mengenyangkan perut dan membeli belah, tiba lah masanya untuk kita jalan-jalan hirup udara. Masalahnya Cik kiah ni, tempat menarik dekat pahang pun dia tak tahu. Akhir sekali dia teringat Kuala Lipis ada mini zoo dan muzium. Okay. Boleh la.

Sampai sana 5.35 petang, tutupnya 6 petang. Rasa-rasa? Huhuhuhu tutup dah la. kuang kuang kuang. Dia pun dah pening agaknya nak bawa mana la fairuz ni. Tu yang sampai ke kawasan rail keretapi ni.

Kita pun feeling-feeling la ambil gambar memandang pemandangannya boleh kata cantik. Tangkap gambar kahwin okay sangat rasanya dekat sini. Hehe. Hilang stress katanya. dah lama tak bergambar.




Pakai pun Jeans dan t-shirt je.


Cik kiah jangan katalah... lagi tak nak bergambar sebabnya... baju macam nak pergi menoreh getah (lariiiiiii). Orang menoreh pun lagi lawa agaknya. haha. ampun weh. Lepas ni kita shopping baju cantik-cantik ya. Kata nak branding diri sendiri.

Cik kiah tu sebab baju cantik-cantik semua dah tenggelam banjir. alololo.. nanti kita shopping ya.


kita ni pun.. rasa takde baju dah nak pakai. Perempuan kan. Ale ale diulangnya tshirt dan jeans. Padahal dress dalam almari baru pakai 2 kali. Sebab dekat pejabat bukan ada siapa pun, nak melawa pun rasa macam... takde siapa kot! Client pun tak datang pejabat. Lepas ni la kot, sebab dah kena keluar pejabat jumpa orang. InsyaAllah.


Tu je pun jalan-jalannya, pastu pusing-pusing sikit. Sebelum maghrib dah sampai rumah. Ni duduk depan komputer update blog dan media social yang lain. hehe


Ikut nasihat pakar, daftar semua media social yang ada link dengan instagram. Walaupun tiada follower tapi berguna bila carian nama kita dibuat di google. Begitu katanya. Setiap kali post instagram, kita share terus ke media lain. Daftar sekali lepas tu tak payah kisah dah. Kalau ada yang komen pun rasanya dekat instagram jela yang berbalas. hehe.

Okay, selesai update blog :)


No comments:

Powered by Blogger.