Kesabaran

/
0 Comments

[Bedtime Story]

Hurm.. entah hari ni hari tekanan
sedunia ke? Kenapa semua orang
nak emo je. :-/

Harini aku pun rasa tekanannya bila
mana customer mesej katanya pius
tak jujur dalam menjalankan bisnes.
Huhu. Sebab utamanya, pius tak
keluarkan lagi tracking number
sticker yang dah dipos.

Sticker keluar pos pada hari ni ( selasa)
dan dijangka sampai pada esok hari.
Tapi biasalah kilang, harini belum
keluar tracking numbernya. Dalam
sehari kilang terima banyak tempahan
dari seluruh malaysia. Mesti ambil
masa nak key in data.

Jika pius pos sendiri, ya boleh beri
terus tracking number. Tapi bekerja
bawah kilang, kena la ikut sistem kilang.

Jadi kemungkinan customer syak
sticker belum hantar pos lagi. Sebab
kalau dah hantar pos mesti ada
tracking number. Begitu....

Habis la customer mesej berjela-jela
Takut la kita ni membaca ayat-ayat
serba indah. Adoi, harapnya esok
kilang dah keluar tracking number.

I is takottt. Hahaha. Tapi balas juga
dengan penuh budi bahasa. (Ecehh)
Terangkan apa yang patut dan nyatakan
kilang belum keluarkan tracking.

Biasa la kadang bila benda nak guna
urgent... emosi dan tekanan datang.

Pius harap ada lah yang memahami
Situasi ini. ♥

Sebelum ni pun ada juga customer lain,
katanya pius tipu sebab tracking number tahun 2014, padahal now
2015.

Huhuhu. Mana hamba tau.... sudah
begitu nombor trackingnya. Hehe

Tapi bila dah sampai produknya...
Okay la, customer tak marah dah la.
Kita paham, berniaga online
memang perlu dapatkan kepercayaan customer. Customer
pun biasa ambil langkah berhati-hati.
Itu memang sangat di fahami, bila
melibatkan pembelian online.

Tapi kadang tu terasa juga dicucuk-
cucuk hati ni. Sob sob sob....
Harap dunia lebih indah esok hari.

Sakitnya ku disini... hehe ♥

Selamat malam. Pius nak tidur, dengan
doa semoga kilang dah hantar pos
semalam dan esok dah ada trackingnya. Hihuuu.

Harap kilang masih kekalkan
kecepatan servisnya. ♥

Sebelum tidur, baca balik mesej-mesej
positive dari customer, agar esok
Bertambah ceria hendaknya. Hehe.

Maaf salah silap.



No comments:

Powered by Blogger.