Pelanggan dari Brunei

/
0 Comments

[Bed time Story]

Alhamdulillah ♥

Sticker2u mula mendapat perhatian
warga Brunei. Lepas raya haritu
banyak dapat mesej dan beberapa
tempahan dari warga Brunei.

Setakat waktu ni, sticker dihantar ke
Skynet berdekatan Brunei, di Miri.
Jadi bila sampai je sticker, customer
akan ambil di skynet Miri.

Harap-harap lepas ni dapat direct
pos ke Brunei.

Dan harap sangat perkhidmatan
courier di Sabah dan Sarawak bertambah baik.

Setakat hari ini boleh kata ramai
juga warga Brunei yang mesej. Satu
perkembangan baik.

Malam ni ada warga Singapura
mesej bertanyakan tentang sticker.
Katanya tak kisah jika penghantaran
dibuat ke Johor. Alhamdulillah.

Dari segi material, pius nak cari lagi
material yang fully waterproof. Boleh
rendam lama dalam air. Jadi bila
customer perlukan label untuk minuman,
pius boleh reply dengan senang hati
" Sticker Fully waterproof"

Happynyaaaa kalau boleh reply
macam tu ♥ hehe.

Minggu depan nak join program untuk
Usahawan. Tengok kepada content
program semua tajuk dan sesi
yang bagus. Sebelum ni, pius pergi
tempat berbayar. Yang ini ilmu sama
tetapi free aje. Jadi kena lah guna
peluang yang diberi. Banyak lagi
ilmu baru yang nak kita explore.
Biasalah tiada asas bisnes, belajar
la selagi boleh. Belajar sambil praktik. ♥

Selalu benda-benda macam ni Babah
yang selalu update dengan pius.
Maybe babah dah paham sangat
dengan minat anaknya ni.

Pernah dulu waktu gst baru nak diperkenalkan,
babah update pasal program yang
terangkan pasal gst. Makna kata
suruh pergi dengar la apa tu gst.

Okay, kita pun pergi la.....

Sekali sesat jalan, tak tau dekat mana
tempatnya. Dah puas pusing mencari,
Kita balik jela... dah tak jumpa tempat.

Erk... kena marah. Huhu.

Habis nak buat macam mana kan..
dah tak tau... kita ni bukan rajin
noh jalan kl. Tetapi rajin je babah update
bila ada program-program yang bagus.

Dulu pun pergi dengar ilmu dekat
Mardi babah teman. Hehe tiba-
tiba rasa macam princess.Tapi kita
tak jadi buat bisnes tu. Maybe minat
kita ni dah tertulis dekat design mendesign.
Apa-apa pun rasa la sokongannya tu.

Haha. Dah lari benor dari tajuk.

Okay Pius, usaha! Chayok pius!

Selamat Malam ♥



No comments:

Powered by Blogger.