Sabar segala ujian. Bersyukur
segala nikmat dan kasih sayang.
Aku rasa sedih malam ni.....
tapi rasa bersyukur sangat sebab
Allah masih beri orang yang
sudi mengambil berat. Sudi membantu.

Alhamdulillah.

Sent by: dari telefon pius

Eh.. tak perasan entry ni tak post (draft). huahahaha. Sampai mak dah balik dari Acheh...

*************

Akhirnya balik jugalah kita ni jumaat sabtu ahad lepas. Dapatlah jumpa mak sebelum mak terbang ke Acheh. Suka sangat la mak tu dapat jalan-jalan Acheh, katanya tempat datuknya. Rasa macam baru lagi mak balik dari Indonesia, ni pergi lagi. Harap-harap mak sihat dekat sana dengan cuaca yang kurang baik.

selfie seorang diri
Sampai rumah Jumaat malam. Terus mesej Dr Dini "Nak melawat office baru doc". office baru katankan, kena la melawat.


Hehe. Amboi sangat tajuknya.
Takdela.. sebenarnya pius teringat
customer pius yang sorang ni.

Sebelum ni pius pernah buat entry
berkaitan tracking dan bahasa.
Selepas dari peristiwa tersebut, maka
bertekad lah hamba tidak mahu
berurusan dengannya lagi. Hahaha..
Macam jahat la pulak.

Disebabkan penggunaan bahasa
serta mesej-mesej yang mencucuk
perasaan itu. Haha. Maka mesej beliau
daku membalas perlahan-lahan.

Alhamdulillah. Mungkin sebab pius
reply guna bahasa baik-baik (ewah)
Jadi customer ni pun dah mula
reply baik-baik. Siap boleh gelak
ketawa. Nak order benda lain
pulak katanya. Okay la. Kita pun
gembira bila customer dah boleh
gelak ketawa. Alhamdulillah.

Kita pun happy je nak reply mesej
customer .. hehehehe.

Send by: FairuzEj
Mobile

Sebelum ni pius ada buat entry dilamar bekerja secara tetap. Hehe tapi dah beritahu Dr, pius nak usahakan juga bisnes pius ni. Tapi jika Dr perlukan bantuan untuk program-program Dr... pius sudi turun padang membantu. Kira duit tepi jela.

Begitu...

Jadi alkisahnya.. baru-baru ni ada program di Bukit Tinggi, Pahang. Tidur la sana semalam, selebihnya turun Putrajaya siapkan kerja Dr yang tertangguh.

Berkali juga la Dr...

"Cepat la fairuz masuk office saya"

Huhu.. nak suruh juga kita bekerja dengan dia. Sekarang ni tak boleh tinggal bisnes lama-lama sebab masih lagi 'In the bisnes'. InsyaAllah tengah usahakan supaya dapat 'On the bisnes'.

"Pejabat saya tu kosong je, saya bukan selalu ada kat pejabat"

Tu la ayat Dr...

Pekerja dia pula baru berhenti sebab mak sakit. Berhenti kerja nak jaga mak sebab dia sorang je belum kahwin. Dulu selalu juga berdua dengan pekerja Dr, Kak Izan namanya.

Habis program hari khamis, hari Jumaat baru balik rumah. Sebelum balik,Dr dah bagi siap-siap tarikh program dia. Huhu.

Pius tanya juga, apa kualiti dan kelebihan saya yang boleh bantu Dr? Sebab aku pun was-was kelebihan apa yang aku ada sebab macam beriya je Dr nak kita bekerja dengan dia.

Tapi jawapannya aku tak paham ... huhu... bahasa consultant (Bidang psychology). Nanti nak korek lagi. Heeeee

Kata Dr...
3 orang pekerja saya = fairuz

Wah. Hebat bunyinya. Hehe.

Next program ada 4 tarikh dah siap-siap bagi ke kita. Sepang, port dickson, langkawi dan trolak. Kesian la Suzi tu nanti tinggal sorang kat pejabat. Nanti mula lah whatsapp itu ini. Itu tak kena, ini tak kena...Pening kepala dia. Hehe.

Cecepat kita 'On the bussiness' ya. Aminn. InsyaAllah. Chayokk!

Ps: Mengkaji kemampuan dan kebolehan diri. Eh

**********

Masa program, ada lagi seorang Fasilitator... lelaki. Selama 2 hari kot Encik ni punya slot. Ada borak-borak sikit... Encik pun ada tanya-tanya sikit pasal pius. Peramah orangnya.

Duduk makan satu meja dengan organizer, abang mc dengan Fasi.

Sekali..... dia bagitahu. Fairuz ni jenis suka membaca.

Eh..... mana dia tau ni?? Padahal tadi borak apa je.

Mana Encik tahu?

Adalah.....

Send by: Fairuz Ej
Mobile

Amboiiiiiiiiiiiiiiiii

Amboi sangat tuuuuu...
Nasib semua akak kau akak.

Eh. Memang la kakak kan...

Patut la dok tanya pasal kerja bagai.
Ewahhhhh. Jangan lupa satu set
Persalinan untuk akak kau ni.

Powered by Blogger.