4 Tarikh

/
0 Comments

Sebelum ni pius ada buat entry dilamar bekerja secara tetap. Hehe tapi dah beritahu Dr, pius nak usahakan juga bisnes pius ni. Tapi jika Dr perlukan bantuan untuk program-program Dr... pius sudi turun padang membantu. Kira duit tepi jela.

Begitu...

Jadi alkisahnya.. baru-baru ni ada program di Bukit Tinggi, Pahang. Tidur la sana semalam, selebihnya turun Putrajaya siapkan kerja Dr yang tertangguh.

Berkali juga la Dr...

"Cepat la fairuz masuk office saya"

Huhu.. nak suruh juga kita bekerja dengan dia. Sekarang ni tak boleh tinggal bisnes lama-lama sebab masih lagi 'In the bisnes'. InsyaAllah tengah usahakan supaya dapat 'On the bisnes'.

"Pejabat saya tu kosong je, saya bukan selalu ada kat pejabat"

Tu la ayat Dr...

Pekerja dia pula baru berhenti sebab mak sakit. Berhenti kerja nak jaga mak sebab dia sorang je belum kahwin. Dulu selalu juga berdua dengan pekerja Dr, Kak Izan namanya.

Habis program hari khamis, hari Jumaat baru balik rumah. Sebelum balik,Dr dah bagi siap-siap tarikh program dia. Huhu.

Pius tanya juga, apa kualiti dan kelebihan saya yang boleh bantu Dr? Sebab aku pun was-was kelebihan apa yang aku ada sebab macam beriya je Dr nak kita bekerja dengan dia.

Tapi jawapannya aku tak paham ... huhu... bahasa consultant (Bidang psychology). Nanti nak korek lagi. Heeeee

Kata Dr...
3 orang pekerja saya = fairuz

Wah. Hebat bunyinya. Hehe.

Next program ada 4 tarikh dah siap-siap bagi ke kita. Sepang, port dickson, langkawi dan trolak. Kesian la Suzi tu nanti tinggal sorang kat pejabat. Nanti mula lah whatsapp itu ini. Itu tak kena, ini tak kena...Pening kepala dia. Hehe.

Cecepat kita 'On the bussiness' ya. Aminn. InsyaAllah. Chayokk!

Ps: Mengkaji kemampuan dan kebolehan diri. Eh

**********

Masa program, ada lagi seorang Fasilitator... lelaki. Selama 2 hari kot Encik ni punya slot. Ada borak-borak sikit... Encik pun ada tanya-tanya sikit pasal pius. Peramah orangnya.

Duduk makan satu meja dengan organizer, abang mc dengan Fasi.

Sekali..... dia bagitahu. Fairuz ni jenis suka membaca.

Eh..... mana dia tau ni?? Padahal tadi borak apa je.

Mana Encik tahu?

Adalah.....

Send by: Fairuz Ej
Mobile



No comments:

Powered by Blogger.