Cerita hujung minggu

/
0 Comments
Eh.. tak perasan entry ni tak post (draft). huahahaha. Sampai mak dah balik dari Acheh...

*************

Akhirnya balik jugalah kita ni jumaat sabtu ahad lepas. Dapatlah jumpa mak sebelum mak terbang ke Acheh. Suka sangat la mak tu dapat jalan-jalan Acheh, katanya tempat datuknya. Rasa macam baru lagi mak balik dari Indonesia, ni pergi lagi. Harap-harap mak sihat dekat sana dengan cuaca yang kurang baik.

selfie seorang diri
Sampai rumah Jumaat malam. Terus mesej Dr Dini "Nak melawat office baru doc". office baru katankan, kena la melawat.





Pejabatnya di One City, Subang Skypark. First time datang sini, jenuh juga mencari lokasi. Janji 10.30 pagi. sampainya pukul 11 lebih (tersalah jalan dan sepatutnya keluar lebih awal)


Sampai-sampai je terus Dr ajak makan, lapar menunggu. hehe

bergambar dengan charlie caplin

roof top
Nampak tak ada orang dekat belakang? hehe....

Tempat best untuk lepak-lepak serta membaca buku. cewah.
jerebu + panas mentari
saja je Dr bawa kita siar-siar sekitar pejabat. Bagi ambil feel. haha. Masuk pejabat Dr, duduk-duduk bincang pasal kerja, cita-cita serta masa hadapan. Serba salah dibuatnya...

************

Dah lupa la nak taip apa dekat entry ni. Tulis-tulis lupa nak sambung apatah lagi nak post. Time ni jerebu teruk dekat Kl. Klcc pun tak nampak.

haa-- ingat-ingat. Minggu tu ikut mak ngan babah pergi kenduri kahwin. Sajooo.. sebab tengahari tak masak. Lapar nasi. Kalau ada lauk bawah tudung, hurm tak jejak la kita kenduri kahwin. hahaha.

Macam biasalah kalau pergi kenduri kahwin, mesti jiran pakcik makcik akan tanya bila giliran kita akan tiba. Alaaaa... kakak kita baru je kahwin tahun ni.. kan biasa setahun satu.. hehe.

Lagipun kita kan baru 17

 erk.. bai.


No comments:

Powered by Blogger.