Kedai Majlis Perbandaran

/
0 Comments

Kakakaka. Ramai orang ok yang mohon kedai Majlis. I is nervess! Hari ni pagi-pagi orang bersiap pergi kerja, aku pula bertukang dan berkungfu di dapur menyiapkan sample makanan. Hehe.

Januari dah nak start bisnes. Mohon dipermudahkan. Kena adakan juga kedainya, macam mana sekali pun. Boleh!! Jom sama-sama berdoa untuk pius. Hehe.

Cakap pasal januari, malam semalam aku tidur lewat. Lepas siapkan bahan-bahan untuk memasak, terus masuk bilik. Belek planner 2016 baru beli tapi tak tau nak tulis apa. Pius xtau... (email time belajar). Huuuuu. Bila pandang planner tu, baru aku sedar yang tahun 2015 aku takde sebarang perancangan pun.

Tahun 2016 nak buat macam macam, nak penuhkan list 2016. Eh seronoknyaaaaaaa... tahun 2015 tak pergi melancong/jalan-jalan pun. Semua nya tempat biasa dah pergi. Tahun 2016 nak masukkan pelancongan dalam list. So harus membajet. Jom pergi korea, takpun Turki. Kikikiki.

Kakak pius bertemu jodoh di korea. Maka harus aku pun bertemu jodoh diluar. Hahahahahahaha. Istanbul aku datang la ya. Takpun indahnya cinta di cappadocia. Wahh kau jemah berangan!

Angan angan tu bagus. Kikiki. Program Minda luar sedar. Bak kata Prof Muhaya. The Law of attraction.

Eh. Lapar nyaaaaaa.. kang ada yang habis sample makanan ni. Kalau den tau lambat begini, lebih baik hamba mencekik darah dahulu sebelum pintu rumah dikunci. Huhuhuhu nangis.

Aku rasa dalam masa yang sama nak buka kedai printing la. Sama ada print sticker atau baju. Atau kedua dua nya sekali. Kikiki. Boleh la ajak baim join the venture beserta abang ipar.

Aku kalau boleh nak senang sama-sama. Tak muh la dengar, kerja bagai nak rak sampai sabtu ahad pun kerja tapi gaji berapa je. Janji bila dapat capai sales, ada imbuhan begitu begini tapi bila dah dapat capai target nya ... apo pun takde. Itu la payahnya kerja makan gaji. Kederat guna bukan main tapi dapat bulanan nya sedikit je.

Ehhhh lapar. Bila turn hamba ni?

Sent dari:
Telepon acik pius



No comments:

Powered by Blogger.