Selamat Jalan 2015♥

/
0 Comments

Hari ni 11 haribulan.. huahhh sikit hari lagi nak masuk tahun 2016. Tahun tekanan (8) dah mula meninggalkan diri, maka tahun penuh peluang dan kejayaan (9) bakal menjelma. InsyaAllah.

Dah beberapa hari pius balik rumah. Tapi kerja tetap kerja. Tempahan sticker sentiasa berjalan Alhamdulillah. Esok perlu siapkan 3 tempahan. Sebab baru tadi ni terima tempahan. Hehe. Tahun 2016 sebenarnya cik peah ajak cuba bisnes yang melibatkan duit cash. Maksudnya, jual terus dapat cash disitu juga. Begitu la maksudnya. Tapi bisnes design & print still lagi pius run. Sayang... tak boleh. Cuma yela... kadang-kadang benda yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita. First idea tidak semestinya terbaik. Tapi itu juga lah yang daku suka. Sebab kerja boleh buat dimana-mana asalkan ada laptop di sebelah. Kan fleksibel tu. Haha. Senang kan kalau dah kahwin, buat kerja di rumah je. Tapi kalau boleh taknak buat kerja tapi duit masih bergolek. Haha. Goyang kaki. Weeeee♥

Sekarang kita nak cuba bidang makanan pula. Bab yang aku rasa lemah sangat ni. Haha. Tapi yela, abang sayang cik peah selaku businessman yang berpengalaman telah menasihati atau lebih tepat lagi, telah memberi hala tuju yang tidak boleh diubah lagi. Eh. Apa aku mengarut. Haha. Ampun.

Tak.. gini. Suaminya cik peah suggest buat bisnes yang orang datang cari kita. Contoh nya makanan... orang datang cari dan duit cash. Aku ni memang tak faham sangat bahasa orang bisnes. Tetambah ada tambahan loghat kelantan. Tobat la tak pahe. Jadi begitu la.. macam paham tak paham.

Bersungguh la suami cik peah. Bawa kita pi gerai makan sepupu dia. Tengok dorang masak. Makan sedap ke idok. Sepupu dia pula retis. Kedai kecik pun orang tag instagram. Hehe. Ampunnnn.

Ni nak cuba dapatkan gerai majlis perbandaran. Semalam pius pergi tanya tanya, adalah beberapa gerai yang kosong. Kena apply dan ada temuduga. Huyooo tak tahu pun ada temuduga. Hik. Takpela. Cuba lah mana tahu rezeki.

Punya la haritu membangkang tak nak buat bisnes melibatkan makanan. Nak juga bangunkan bisnes printing. Cik kiah. Eh cik peah eh cik kiah la. Yoyo juga dia tu membantah. Hahaha. Last last ikut juga suami dia suruh buat makanan

Walaupun kita berdua sebelum ni sudah berpakat membawa berkat dan mengakui bisnes makanan bukan lah bidang kita berdua. Kita berdua memang tak boleh buat bisnes makanan! Ewahh. Sekali dah kena paksa... jalan juga la wehhhhh. Hahaha. Pius pun pikir juga, orang (suami cik kiah) tu dah ada pengalaman lama mesti dia lagi tau. Kita cuba jela. Dah alang alang ada orang push dari belakang, kita jalan laju sikit. Lagipun bukan orang lain. Pemilik ferarri merah juga. Eh.

Bak kata pepatah, kita ikut track orang berjaya, mesti kita akan berjaya. Ni pepatah buatan sendiri. Haha. Malas la nak cakap. Nak cuba. Nak usaha! Pastu sekarang nak tengok runningman dulu.

Tapi bagi pius. Kalau buat kerja dari rumah dah boleh dapat 4 angka. Dah okay sangat dah tu. Tapi bagi cik kiah. Not okay ya. Hahaha. Ni aku belum kahwin lagi ni. Kang dah kahwin, den pun tak tau la dapat somi cmno. Hang pulak la kena berserah dan redha dengan keadaan aku nanti. Haha. Tapi harapan setinggi gunung yang bisnes minded la ya.♥♥

Erkkk nak tengok runningman. Bai.

Sent dari tepon cik pius



No comments:

Powered by Blogger.