[Bedtime Story] kot....

Siapa sangka dalam setiap perkara
rutin yang kita lakukan sebenarnya
mempunyai kemanisan yang tersendiri.

Yang mungkin kita sendiri tidak sedari
kerana asyik berkira mengira dan
mengungkit setiap perkara yang kita
rasakan tidak langsung memberi
kemanisan dalam hidup kita.

Bila kepahitan datang membuat lawatan..
Baru kita sedar, rutin yang biasa kita
lalui sebenarnya tersimpan suatu kemanisan.
Yang hanya dapat kita rasai setelah
kepahitan berlalu pergi.

~Baru lepas makan panadol
Dan aku pula baru selesai bermukadimah
tentang manisnya air kosong selepas
panadol itu ku hisap pahitnya.

Manisnya air kosong di lidah ku.
Parodi manisnya cinta di capadocia

Sekian. Membentangkan.

Dengan aduan.Panadol sekarang
sudah hilang kesedapannya. Baru
masuk mulut dah cair.

Owh yea... semua jenis pil pening
kepala dipanggil panadol ya?

Hurmmm sakit perut pulak. Baru nak lelap......


Sent dari tepon acik pius
 Rupa pejabat pertama pius selepas hampir 2 tahun bekerja dari rumah.  Sekarang ni trend bekerja dari rumah kan. Tapi pius tak rasa rumah pius sesuai nak buat ruang pejabat. Lagipun dah ramai yang request nak datang ke kedai dan pejabat.
Tengok runningman sebelum cari idea baru. huhu

kuikui
Sempat la 5 bulan ada pejabat. hahaha. Pastu tahun baru bekobar nak buka kedai dekat batu caves. Tak sempat nak habaq kat owner. owner dah suruh keluar awal-awal sebab nak ambil balik bangunan untuk buat bisnes suami dia.

Yang cik kiah, iyolah nak kekalkan pejabat tu. last last kena keluar gak. hahaha. Tapi nasib baik rumah dia dah ada line internet. Kalau dulu pergi rumah dia, resah ni.. line takdok. Line 3G takde area rumah dia. Boleh kata line telefon tu selalu takde la. customer nak whatsapp tak dapat. hahaha. Cepat-cepat nak balik. Sekarang baru la TM nak naik tiang. amboiii sangat. Pasang internet untuk orang kampung katanya.

Tahun ni apa rupa pejabat pius..... doa doa ....

Semalam aku tidur lambat. Sebab teringat mesej customer yang menanyakan samaada design untuk minumannya telah siap atau belum. Haha. Ingatkan kena tunggu detail dari customer dulu, baru buat design. Rupanya kena design terus. haha.

Haritu customer request nak ambil label di KL. Sebab kebetulan ada hal di Sungai Buloh. Jadi tak perlu pos ke kuantan katanya. Dah jumpa terus dia request design baru sebab nak guna botol baru. Botol lama dah tak guna.

tu yang aku buka laptop duduk depan tv. cari idea nak buat design macam mana. Saja.. bukan tak boleh buat esok. tapi memang macam tu la aku. benda kalau dah suka, rasa beban tu kurang. Tangan ni memang gatal 24jam search sana sini. Kadang waktu cuti pun handphone tetap juga kat tangan. Search idea idea baru untuk design label. Mesti seronok pelajar grafik kan. banyak benda boleh buat. pius dulu industrial design. Pun untung jugak kot. hahaha.

 mencari saiz sesuai

sticker panjang
 Pius rasa macam nak propose custom shape sticker. Tapi tak pasti la, sebab kadang customer nak kekalkan identiti sedia ada.

ni tengok tv lebih.
mencari idea
Pius memang terasa sangat bila takde pejabat ni. Tak tau la cik kiah tu terasa ke tak. haha. Pius apply kedai haritu tak berjaya. Bulan ni nak cuba lagi tapi kekal dengan sticker labelling. Sebab hati ni rasa yakin. Yakin dengan kebolehan diri. Dari den nak buat makanan/benda lain yang bukan dalam bidang kepakaran. Baik buat benda yang kita tau. Tapi tak la bermakna jika ada peluang lain, pius akan tolak terus tanpa membuat sebarang pertimbangan.

Cik kiah ajak buat kwsp untuk pekerja iaitu aku dan dia. Pastu apa tah dia cakap. aku tak berapa nak paham. Sebab bab bab tu aku memang tak mahir. Tu semua kepakaran dia la tu. Urus kewangan syarikat, urus pekerja. Pengalaman urus 200 pekerja di syarikat suami. Kalau bab-bab ni memang aku blur banyak dan selalu tanya dekat dia. Dia pulak selalu tanya bahagian design serta teknikal cetakan. Hahaha. aku ni bukan boleh orang tanya banyak-banyak kali. Mula la naik angin nya. Tulis note cik kiah!

Pastu bila time bab bab akaun company kwsp bagai, bila aku tanya dia. aku pulak la terkena dengan dia. hahaha. Syukur dia bukan orang yang berangin. Haha. 


Tahun ni nak jumpa lagi ramai orang. Tak kira online mahupun offline. InsyaAllah. Doakan pius dapat kedai
Ingat lagi tahun sudah (akhir 2013 kot), betapa masamnya muka mak tatkala pius bertekad nak juga bekerja sendiri. Penat dah telinga ni nak dengar syarahan serta nasihat mak. Setiap kali ada je kerja kosong mesti dia akan sebut sebut. Tapi entah lah, time tu rasa dah jatuh cinta sangat dengan istilah 'bekerja sendiri' . Hati tu rasa macam lantak la orang nak kata apa. huhuuuuu. Walaupun time tu duit masuk ada tak ada, tapi rasa happy tu lainn.. tau. takde bebanan. Rasa macam freeeeee je. hahaha. Memang time tu istilah 'redah jela' menjadi tema tahunan. Ada duit ke, takde duit ke... jalan je.

Ada satu ketika tu, tahun 2014 kot. Mak cakap lagi pasal urusan kerja dan masa depan. Okay, penat pula telinga kita ni kan mendengarnya. hahahaha. Jadi aku terangkan la kenapa aku nak bekerja sendiri, kenapa aku nak juga buat bisnes walaupun modal ade tak ada. Aku tau memang bukan senang nak buat tapi aku nak juga buat. Semua orang yang berjaya ada kisah suka dan duka mereka sebelum menempah kejayaan. Takkan lah aku yang baru setahun jagung boleh terus ada kat puncak kan. Jadi untuk menenangkan hati mak, aku berjanji. Dalam masa 3 tahun, kalau aku tak dapat beri dia RM1,000 sebulan... aku akan berhenti buat apa yang aku buat ni dan pergi apply kerja. hahahahaha. telan air liur.

3 tahun, maksudnya inilah tahun nya kan. 2016. hahahahahahahahaha gelak weh. entah mak ingat lagi ke tak. Harap mak tak ingat la ya. hehe.

Tadi petang mak tanya pasal tapak niaga carboot sale. Dia pula beriya-iya.

Sebenarnya mak aku ni sibuk nak kerja balik. Eh. duduk jela rumah kan. tahu lah belum dapat lagi RM1,000 sebulan. Sabar la mak. Tahun ni last. hahaha. Memang dah bernekad sangat dah mak kita tu nak bekerja. Aku bebel, dia pula bebel aku. Penat dah kita ni... bebel.....

First day kerja....

balik tu aku ambik mak.. hahahahaha. penat katanya. Tau pun! Lega hati aku sebab dia sempat kerja satu hari je. hahahahaha. Sebenarnya aku rasa sangat tak berbaloi gaji RM900 sebulan. Kerja dari pagi sampai petang. tapi dia sibuk juga nak kerja. tapi nasib baik la dah berhenti. kakah.

Jadi inilah time nya aku pula memberi syarahan.

Mak cuba tengok fairuz ni.. mak tengok fairuz ni kerja lebih ke tengok tv lebih? macam tak buat kerja kan?
 
tengok tv lebih

haaa.. sebab tu mak kena bijak memilih pekerjaan. kita kena buat bisnes mak. kakakaka. tak menahan syarahan!

dan sejak haritu lah mak aku sibuk menanyakan bisnes apa yang perlu dia buat dan bila nak mula. Aku pula yang pening kepala. hahahaha. tengah pikir bisnes apa yang sesuai untuk mak. Nak suruh jual online... memang sah tak tahu. Pius nak mak kerja dari rumah je. Jual benda online. tapi benda apa nak jual??

skirt? telekung? langsir? benda apa tah yang untung RM50 sekali jual? Aku taknak dia susah-susah. kalau boleh nak suruh dia jual 5 items je seminggu. Sebulan RM1000. Dah cukup. Asalkan lebih RM900 sebulan, kerja mudah, badan tak penat.

dan sekarang aku nak tidur. pukul 12 tadi dah mengantuk sangat dah sebenarnya. pergi la dapur nak gosok gigi dan cuci muka. sekali boleh pula lipan jalan kat kaki. besar pulak tuuu. eeeieieieieieeieieieeee terus takut nak tidur!

mak... tadi ada lipan besar dekat dapur. lalu dekat kaki. takutt nak tidurrr. kejut mak bangun tidur

haa? dekat mana?

dapur, bawah sinki. besar tapi tak sempat pukul. takutttt. bersila atas sofa

takde apa la. tidur la sini. mak sambung tidur


ermmmmm tenung... masuk bilik

fairuz.. kita tidur dalam bilik mak nak?

takpela mak, nak buat kerja. blogging sebenarnya. hehe. k bai.

Alhamdulillah. Syukur. First time terima tempahan dengan kuantiti yang banyak. 10,000pcs Label beserta design. Permulaan yang baik untuk tahun 2016.

Semakin semangat rasanya nak dapatkan kedai. Bertambah la hendaknya customer offline. Tahun ni banyak matlamat dan target untuk bisnes.

31hb haritu dah siap kosongkan pejabat di pahang. Angkut semua barang. Sekarang nak cari kedai baru dekat sini (gombak). Yeahhh semangatnyaaaa.

Doa doa doa.

Powered by Blogger.