Kerja: Design & Cetak Sticker

/
0 Comments

Semalam aku tidur lambat. Sebab teringat mesej customer yang menanyakan samaada design untuk minumannya telah siap atau belum. Haha. Ingatkan kena tunggu detail dari customer dulu, baru buat design. Rupanya kena design terus. haha.

Haritu customer request nak ambil label di KL. Sebab kebetulan ada hal di Sungai Buloh. Jadi tak perlu pos ke kuantan katanya. Dah jumpa terus dia request design baru sebab nak guna botol baru. Botol lama dah tak guna.

tu yang aku buka laptop duduk depan tv. cari idea nak buat design macam mana. Saja.. bukan tak boleh buat esok. tapi memang macam tu la aku. benda kalau dah suka, rasa beban tu kurang. Tangan ni memang gatal 24jam search sana sini. Kadang waktu cuti pun handphone tetap juga kat tangan. Search idea idea baru untuk design label. Mesti seronok pelajar grafik kan. banyak benda boleh buat. pius dulu industrial design. Pun untung jugak kot. hahaha.

 mencari saiz sesuai

sticker panjang
 Pius rasa macam nak propose custom shape sticker. Tapi tak pasti la, sebab kadang customer nak kekalkan identiti sedia ada.

ni tengok tv lebih.
mencari idea
Pius memang terasa sangat bila takde pejabat ni. Tak tau la cik kiah tu terasa ke tak. haha. Pius apply kedai haritu tak berjaya. Bulan ni nak cuba lagi tapi kekal dengan sticker labelling. Sebab hati ni rasa yakin. Yakin dengan kebolehan diri. Dari den nak buat makanan/benda lain yang bukan dalam bidang kepakaran. Baik buat benda yang kita tau. Tapi tak la bermakna jika ada peluang lain, pius akan tolak terus tanpa membuat sebarang pertimbangan.

Cik kiah ajak buat kwsp untuk pekerja iaitu aku dan dia. Pastu apa tah dia cakap. aku tak berapa nak paham. Sebab bab bab tu aku memang tak mahir. Tu semua kepakaran dia la tu. Urus kewangan syarikat, urus pekerja. Pengalaman urus 200 pekerja di syarikat suami. Kalau bab-bab ni memang aku blur banyak dan selalu tanya dekat dia. Dia pulak selalu tanya bahagian design serta teknikal cetakan. Hahaha. aku ni bukan boleh orang tanya banyak-banyak kali. Mula la naik angin nya. Tulis note cik kiah!

Pastu bila time bab bab akaun company kwsp bagai, bila aku tanya dia. aku pulak la terkena dengan dia. hahaha. Syukur dia bukan orang yang berangin. Haha. 


Tahun ni nak jumpa lagi ramai orang. Tak kira online mahupun offline. InsyaAllah. Doakan pius dapat kedai


No comments:

Powered by Blogger.