Mak pula nak berniaga?

/
0 Comments
Ingat lagi tahun sudah (akhir 2013 kot), betapa masamnya muka mak tatkala pius bertekad nak juga bekerja sendiri. Penat dah telinga ni nak dengar syarahan serta nasihat mak. Setiap kali ada je kerja kosong mesti dia akan sebut sebut. Tapi entah lah, time tu rasa dah jatuh cinta sangat dengan istilah 'bekerja sendiri' . Hati tu rasa macam lantak la orang nak kata apa. huhuuuuu. Walaupun time tu duit masuk ada tak ada, tapi rasa happy tu lainn.. tau. takde bebanan. Rasa macam freeeeee je. hahaha. Memang time tu istilah 'redah jela' menjadi tema tahunan. Ada duit ke, takde duit ke... jalan je.

Ada satu ketika tu, tahun 2014 kot. Mak cakap lagi pasal urusan kerja dan masa depan. Okay, penat pula telinga kita ni kan mendengarnya. hahahaha. Jadi aku terangkan la kenapa aku nak bekerja sendiri, kenapa aku nak juga buat bisnes walaupun modal ade tak ada. Aku tau memang bukan senang nak buat tapi aku nak juga buat. Semua orang yang berjaya ada kisah suka dan duka mereka sebelum menempah kejayaan. Takkan lah aku yang baru setahun jagung boleh terus ada kat puncak kan. Jadi untuk menenangkan hati mak, aku berjanji. Dalam masa 3 tahun, kalau aku tak dapat beri dia RM1,000 sebulan... aku akan berhenti buat apa yang aku buat ni dan pergi apply kerja. hahahahaha. telan air liur.

3 tahun, maksudnya inilah tahun nya kan. 2016. hahahahahahahahaha gelak weh. entah mak ingat lagi ke tak. Harap mak tak ingat la ya. hehe.

Tadi petang mak tanya pasal tapak niaga carboot sale. Dia pula beriya-iya.

Sebenarnya mak aku ni sibuk nak kerja balik. Eh. duduk jela rumah kan. tahu lah belum dapat lagi RM1,000 sebulan. Sabar la mak. Tahun ni last. hahaha. Memang dah bernekad sangat dah mak kita tu nak bekerja. Aku bebel, dia pula bebel aku. Penat dah kita ni... bebel.....

First day kerja....

balik tu aku ambik mak.. hahahahaha. penat katanya. Tau pun! Lega hati aku sebab dia sempat kerja satu hari je. hahahahaha. Sebenarnya aku rasa sangat tak berbaloi gaji RM900 sebulan. Kerja dari pagi sampai petang. tapi dia sibuk juga nak kerja. tapi nasib baik la dah berhenti. kakah.

Jadi inilah time nya aku pula memberi syarahan.

Mak cuba tengok fairuz ni.. mak tengok fairuz ni kerja lebih ke tengok tv lebih? macam tak buat kerja kan?
 
tengok tv lebih

haaa.. sebab tu mak kena bijak memilih pekerjaan. kita kena buat bisnes mak. kakakaka. tak menahan syarahan!

dan sejak haritu lah mak aku sibuk menanyakan bisnes apa yang perlu dia buat dan bila nak mula. Aku pula yang pening kepala. hahahaha. tengah pikir bisnes apa yang sesuai untuk mak. Nak suruh jual online... memang sah tak tahu. Pius nak mak kerja dari rumah je. Jual benda online. tapi benda apa nak jual??

skirt? telekung? langsir? benda apa tah yang untung RM50 sekali jual? Aku taknak dia susah-susah. kalau boleh nak suruh dia jual 5 items je seminggu. Sebulan RM1000. Dah cukup. Asalkan lebih RM900 sebulan, kerja mudah, badan tak penat.

dan sekarang aku nak tidur. pukul 12 tadi dah mengantuk sangat dah sebenarnya. pergi la dapur nak gosok gigi dan cuci muka. sekali boleh pula lipan jalan kat kaki. besar pulak tuuu. eeeieieieieieeieieieeee terus takut nak tidur!

mak... tadi ada lipan besar dekat dapur. lalu dekat kaki. takutt nak tidurrr. kejut mak bangun tidur

haa? dekat mana?

dapur, bawah sinki. besar tapi tak sempat pukul. takutttt. bersila atas sofa

takde apa la. tidur la sini. mak sambung tidur


ermmmmm tenung... masuk bilik

fairuz.. kita tidur dalam bilik mak nak?

takpela mak, nak buat kerja. blogging sebenarnya. hehe. k bai.


No comments:

Powered by Blogger.