Darah A : Pemakanan Mengikut Jenis Darah

/
0 Comments
Sebenarnya... aku mengantok sangat.. sekarang dah pukul 12 lebih. Tunggu mak balik.

Alhamdulillah harini Sihat Walafiat :) Mandi air panas dan rehat secukupnya. Aku rasa badan aku tak sihat sebab makan banyak benda berangin plus kerja direct tanpa rehat. Atau mungkin juga posture badan masa buat kerja tidak betul . haha

Jadi dalam dalam berehat tu, biasa lah tangan gatal. Mesti nak cari sesuatu untuk dibaca. Paling mudah buka pinterest je. Jumpa berkaitan Darah A. darah aku la tu.

Serba sedikit berkaitan darah A. Malas nak fahamkan.


Yela. Memang aku cepat stress. hahaha... tapi biasanya bila stress aku tinggal je semua benda yang menyeteress kan aku. Keluar jalan-jalan cari makan, mandi sungai, pergi kolam air panas, pergi taman, bersuka ria. Tapi takde la stress mana pun.. biasa jela kot.

hurmm bab makan pagi memang selalu tinggal, tiap hari nak makan benda manis.

Yang bawah tu memang aku sangat. Tak suka kawasan ramai orang, tak suka bising, suka positive thinking & positive emotions, pening dengan bau perfumes. Bab kerja tu... entah. heee..


Berjela pula...


Sejak aku pergi medical check up hari dulu, memang aku dah kurang sangat minum susu. Dah mula minum soya. Makan lebih sayur sayuran. Kurangkan cendawan kesukaan..sobb.. yang lain macam banyak sangat.. tak teringat :p

Bila aku dah start kurangkan makanan yang tidak sepatutnya, badan aku mula naik alergik. haha. Jika dulu tiada sebarang alergik pun. Sekarang... nak makan kena beringat terutamanya cheese, susu, cendawan.

owhh cheese.... habis satu badan bengkak..

tu jela, pengisian malam hari berkaitan Pemakanan Mengikut Jenis Darah , sekadar mengisi masa :)

Bai, selamat malam selamat pagi obebthesea



No comments:

Powered by Blogger.