Januari 2016

/
0 Comments
Akhirnya gagah juga menaip blog setelah tewas beberapa kali... :) dah nak dekat 3 pagi.. saja.. esok kan cuti. tapi tak pasti nak cuti ke tak... kerja Alhamdullilah semakin bertambah-tambah order nya. Walaupun 8-11hb cuti raya cina dan tiada cetakan akan dilakukan tapi semua orang dah book hari cuti untuk tempahan design. Jadi, naik cuti sahaja boleh terus print. Penuh kesabaran juga mereka menunggu hampir seminggu. Tengah fikir untuk buat promo apa waktu cuti raya cina ni..... untuk update instagram.

Ikutkan cuti ni nak jalan-jalan tapi rancangan hanya tinggal rancangan. Cik kiah ajak ke cameron highland (3 family). Walaupun dah berkali pergi tetap masih seronok berjalan dekat sana. Entah bila nak perginya?? Masa aku sibuk, hang senang. Masa hang senang, aku sibuk. Penat aku survey homestay tau dak.... jadi nya tidak. Padahal cameron je. Belum lagi nak pergi Iceland, rumah bakal mak mertua aku.

Esok Nasir (sepupu) kahwin, dalam tengahari pergi dewan. Petang nak mandi sungai! Hahaha. Alhamdulillah syukur selayangku sayang ada sungai.

26hb januari baru ni pergi tengok teater Bikers Kental. mak babah pius. Semenjak dua menjak tiga menjak dah jatuh cinta dengan teater, kalau ada yang mengajak, memang laju je pius jawab yes!

 Teater Bikers Kental pun best dan tidak mengecewakan.

red garage ya?


Kebetulan semua teater yang pius pergi ada Awie. Super Mokh, Baik Punya Cilok, Bikers kental. Tapi sepanjang masuk ke teater tak pernah lagi pius bayar. Haritu ada teater Mok Cun, memang nak pergi, kira first time nak bayar tiket la ni. Sekali ada kerja di Pahang, tak dapat juga merasa beli tiket teater. hehe.

balik rumah baru bergambar :)
Hari-hari lain memang sentiasa dengan kerja.

Cetak borang tempahan

Buat borang tempahan dalam versi mini, senang nak masuk bag. Sebab tempahan dibuat tidak kira masa, kadang-kadang di luar, waktu bershopping, waktu jalan-jalan. Jadi buat satu versi mini. Alhamdulillah, nak kena cetak lagi.

Siapkan design
..
dan
..
kadang-kadang buat kerja tiada kaitan

fairuzjaafar
saja refresh idea, kadang dalam kepala banyak sangat design jadi perlu juga detach supaya idea idea baru boleh masuk.

Balas mesej

 balas lagi
...
dan lagi
....

 Tips pertama : wajib screenshot testimoni dan sebagainya. (tiba-tiba memberi tip)

makan sushi
secara bersembunyi
....
dari Mak
....
"jangan makan sushi, nanti otak berulat" katanya.

gerudi katil
Pendekkan katil supaya muat secara melintang. masih ada rupanya bakat ide.

 Kemas bilik. Hermm perkara biasa bila beli frame tapi tidak tahu gambar apa yang perlu diletakkan.
..
dan
..
berehat baca buku.

Mencabar sungguh baca buka translate bm ni :)

Akhir sekali seperti biasa.... merancang untuk bercuti. Huahahaha. Ok Bai.


No comments:

Powered by Blogger.