Marathon

/
0 Comments

Alhamdulillah lega nya dapat baringkan badan :)

Selesai bermarathon hari ini. Semalam berbaki empat tempahan. Harini Alhamdulillah tambah lagi dua tempahan. Label untuk konvokesyen dan cookies.

Label untuk kuih muih juga dah selesai dan hanya perlu tunggu pengesahan untuk dicetak.

Harap lepas ni dapat tempahan yang mengujakan. Maksudnya betul betul suka untuk di design. Hehe. Kadang kadang kita ni nak buat design pun kena ada rasa jatuh cinta baru rasa tak sabar nak hasilkan design. Sebab kadang kadang walau sebaik mana pun kita hasilkan design, jika customer tidak suka, kita harus juga tukar.

Tapi bila customer yang letak sepenuh hati untuk kita menghasilkan design melalui kreativiti kita sendiri... itu yang tak sabarrrrr nak buat. Hehe.

Kadang kadang kita terangkan juga kenapa kita guna warna sekian sekian. Untuk lebih di fahami. Jika tidak suka juga baru kita tukar. Yang penting kita dah terangkan:)

Lepas ni harap dapat projek yang memerlukan proses research sebanyak 7 hari untuk hasilkan designnya :) hahaha. Doa doa.



No comments:

Powered by Blogger.