Okay. Harini kerja overtime. huhu. Baru habis kerja. Minggu lepas stop ambik tempahan design, minggu ni buka balik. Jadi yang ni customer dari minggu lepas. Dia sudi menunggu untuk slot design. Best-nya dapat bersukaria buat design harini. Huhu.

Tadi tak tengok Bimbo pun, sebab nak kejar buat kerja plus minggu akhir ni macam tak berapa nak best. Huhuu. ado ulangannya kan. Sekarang ni follow Descendants of the sun pulak. Cerita lain pejam mata je. yang ni mesti nak tengok. huhu. Suka la tengok cerita ni. Macam-macam elemen ada. acehh dah macam pakar pulak ber-elemen elemen. Episod masa gempar bumi tu memang best! Sampai pejam-pejam mata ni tengok, sebab takut dengan ke-ngerian yang seakan nyata. Huahhh best! Lama sangat tunggu episod baru, aku tengok dekat internet je. Cepat 2 episod dari siaran tv. Cerita pulak 2 kali je seminggu. Haihh.. saja buat orang suspen menunggu.

Tadi buat label untuk Pes masakan plus proses cetak untuk sticker doorgift. Sebenarnya aku tak tahu packaging dia macam mana, dia pun tak tunjuk. Jadi macam agak menunggu jugak la hasilnya nanti macam mana bila sudah ditampal pada bekas. Tak dapat bayang lagi.



Siap je design terus belek instagram. Dah beberapa hari tak berupdate. Kalau mesej dekat instagram tu memang kemungkinan besar akan lewat dibalas. Kalau direct whatsapp tu, InsyaAllah. cepat. Cuma kadang tu, bila dah baca.... aku terlupa nak reply. huhu. sorii..... katanya tunggu sebentar nak buat semakan harga, tapi terlupa laa... bila dah mengadap komputer tu, banyak benda pikir nak buat. Maafkan hamba.

 Buat template untuk update insta. Dorang kata instagram ada perubahan tapi masih tidak dapat dikenal pasti perubahan apakah itu.

Huhuu.. folder lama. Boleh nampak perubahan design nya itu. Comel-comel design ku dulu. huhu. kiut miut.

Okay Bai la. Nak makan. Nak tengok tv jap. Nak menari-nari sikit. hahaha.

Aku nak lepak library.
Bosan nya dekat sini library asyik
tutup. Rindu pulak library kampung
Cik Kiah. Library kecil tapi ada je
buku yang menarik dan sesuai
untuk aku baca.

Agaknya perpustakaan negara je
kot yang buka ikut masa. Hehe.
Okay juga. Lama tak pergi
perpustakaan negara. Agaknya ada
lagi ke tak sistem kad ahli.
Kena buat baru lagi.

Dulu aku suka pergi klcc.
Ada kino.... apa tah namanya. Lupa.
Kinokinuya kot. Duduk belek buku.
Naik lrt sampai klcc. Sekarang
Tak kuasa nak pergi. Last pergi
masa exhibition kerja. Parking
tak sampai sehari. Dah berpuluh.
Hahahaha. Kaya aku weh.

Paling dekat popular. Itupun novel
je banyak. Buku kesukaan hati
kurang.

Bila agaknya big bad wolf tahun ni?
Ke dah lepas.

Bosannya. Nak baca buku! Rasanya
banyak lagi buku aku nak baca dalam
Library kecil kampung cik kiah tu.
Buku keluaran terbaru semua ada.
Buku design pun adoo walaupun
dalam kampung tu... aku rasa...
Erm.... banyak ladang dari orang.
Ngehhh ok bai.

Padan muka aku.
Nak sangat 'huru hara'
La ni lagu mana nak buat
Nak create agen, takdok sistem
Takdok ilmu. Nak pakat mai
langgar ja ka....?

La ni akak nak update harga dekat
website. Pasal banyak angat hampa
mesej tanya harga. Pakej design sama.
Akak takdan nak reply semua.
Tak reply hampa merajuk. Aku pun
merajuk sama. Huhu

La ni cheq nak cari solusi lagu mana
nak create sistem. Tang mana nak
belajaq. Hampa tunggu na..
Sok sok tinggai klik klik ja setel.
Kan... impian kena tinggi.

Patut cik rita punya target market
lain macam. Cheq dah tau pasal pa.

La ni cheq nak tido ka...
Nak kejoo..?

Ya Allah, siap juga akhirnya blog Rotikeju. Cuma tuannya belum review lagi. Seriusli pening juga aku betulkan coding sana sini. Huahaha. Dah lama kot tak explore blog sendiri. Zaman Uni dulu rajin lah dok design itu ini. Setiap bulan nak tukar template. Patut la orang cas mahal untuk buatkan blog. Huahaha. now reasonable.

Setelah sekian lama aku menunda, akhirnya siap juga!  Tapi pius design basic blog sahaja. Itupun dah macam-macam coding. Aku lebih prefer buat website free tu. hahaha.

Design header
Tertelan telan air liur ni hah tengok menu dia. Rasa nak suruh Cik Amy hantar je kek brownies cheese leleh sekarang di depan rumah. Heiiii mengidam!

Design-kan menu
Tak ke terliur tengok menu dia ni ??? Ada lagi menunya, tak complete. tengah tunggu gambar.
Allah jadikan manusia ni berbagai-bagai bakat dan kemahiran kan.. kan kan. huhu

attach maps
Okay selesai explore blog. Sekarang, aku dah huru hara. Borang tempahan dah kemana, makan dah kemana. Tidur pun kemana hala tak tau nak habaq.


Tempahan masuk tak henti. Pastu borang tempahan dah huru hara.

 Serabut sangat, aku tulis kat note je tampal tepi meja! senang hidup aku.


Pastu sekarang ni siapa nak ajar aku sistem bisnes?? Kat mana nak belajar?? MYB kot ya. Dahhhh... yang pius tau, pius nak mandi sebab dah pukul 9.42 malam, nak makan nasik dan tengok AKU BUKAN BIMBO!

ok bai.

Sekian melaporkan.

Minggu ni aku tak pergi jalan mana pun. Tadi pagi mandi uluyam je.  Wajib refresh kepala ku ini agar mudah mendapat idea. Hehe.

Aku suka tempat yang ada air. Sungai. Pantai. Gunung ganang. Haha. Tempat yang absorb negative energy. Yang buang negativity dalam badan. Thats why bila berada di pantai kita rasa tenang. Hurmmm google sendiri la.

Rasanya malam ni pius nak start buat kerja. Hari isnin banyak benda nak submit.  Sabtu ahad ni pun ada beberapa yang dah buat payment. Jadi pius kena laju sikit buat kerja biar tepat masanya.

Beberapa hari lepas pius invest buat marketing. Untuk permulaan pius invest 1k. Since tak pernah lagi keluar duit untuk marketing. Percubaan katanya. First platform guna public figure. Nanti kita semak resultnya macam mana.

Next time nak cuba platform lain pulak. K bai :)

Alhamdulillah. Siap sudah doodle harini. yeayy.
Doodle untuk sekolah tadika rasanya takpun akademik Al-Quran. Alhamdulillah Puan Rashidah berpuas hati dengan hasilnya. Sekarang nak siapkan lagi beberapa design label. See ya.

Hahaha. macam comel angat.

Baru ni aku terima satu tempahan
design untuk blog template.
Direquest oleh previous customer.
Huhu. Dan juga doodle.

Aku belum pernah terima sebarang
tempahan berkaitan blog. Tapi jika
ada yang meletak kepercayaan,
apa salahnya. Ya tak.

File design masih ada dalam simpanan
jadi bahan proses buat blog tu
dah 20% ada.

Aku suka customer ni sebab suka
beri 100% kepercayaan untuk aku
buat design. Sentiasa berpuas hati
dengan hasilnya.

Bila kita suka dengan apa yang
kita buat, pasti hasil akhirnya lebih
berkualiti sebab kita beri yang
terbaik. Aku beri yang terbaik sebab
aku suka untuk membuatnya.

Biasanya bila kita keluar draft design,
Jika ada yang ingin membuat
penukaran... boleh kata 90% akan
pilih design awal yang diberi.

Pastu malu-malu sendiri.. hehe.

Percayalah. Sebelum nak update
design tu, dah banyak susunan kita
buat, pelbagai warna. Yang diupdate
adalah yang terbaik dipilih designer.

Kalau korang edit tu, dah carca merba
jadinya. Berserah je aku proceed
sambil air mata meleleh.

Bila korang edit hanya ikut pendapat
korang sahaja, rasa macam design tu
dah tiada nilainya. Susunan entah
kemana, snack makanan jadi
produk kesihatan pula.

Tapi kadang aku suka juga yang
teliti dan cerewet. Ops. Hehe.
Sebab dia buat design aku lebih
cantik. Haha. Dia tahu apa yang
diinginkan dalam design nya.

Ok bai. Tunggu hasil blog.

Sent by: tepon acik pius

Harini 'seronok' sangat buat kerja :) sampai rasa nak tutup laptop dan berjimba ke tepi pantai. 'Gembira' punya pasal. dalam 'bergembira' tu teringat pula dekat blog... mari la kita update blog bagi menambah kegembiraan.

sabtu lepas
Hari sabtu macam biasa, mesti mau jalan-jalan dan beraktiviti, detach dari kerja. Baru minda segar dan bersemangat. hehe. So, pagi-pagi lagi aku dah bersemangat nak main tangkap ikan. biasa la... tak reti pancing, kita saup je.


Baru pukul 8 pagi tapi dah macam pukul 10 pagi. Matahari dah naik tinggi.


Ini teknik menyaup. Biasanya dapat ikan kecik sahaja. huhu. kenapa tah orang lain dapat ikan besar-besar siap boleh panggang... kita?

Ini teknik cangkulan. Bak kata pepatah, mencangkul ubi kayu, cangkul patah, ubi kayu tak dapat.


lagong


Setelah puas menyaup ikan, dapat la dua ekor. haha. ikan semua lari! Aku ke kiri, dia ke kanan.. dah nak balik kita lepaskan la. Kalau besar tu boleh la panggang :)

Ingat nak mandi-mandi dulu sebelum balik tapi tengok keadaan air macam keruh je (tak hujan, air bertakung), hilang selera nak mandi. Terus pergi Ulu yam.... wehuuu..

 Air dekat ulu yam sangat jernih!

 Time ni ramai dah orang, semua port ada orang. akhirnya jumpa lah satu tempat.

Ulu yam sejuk sikit airnya sebab kawasan redup dan tertutup.

Ahad petang
Ahad petang riadah taman kepong atau lebih tepat minum petang di taman kepong. Huhu. bukan datang nak jogging pun. datang nak lepak-lepak minum petang je. Hari sabtu ahad memang penuh dekat sini orang berniaga makanan. Kalau dulu sikit je, sekarang sampai ke pintu pagar pun ada gerai lagi.


Dalam air ada 8 air pancut, siap kira lagi. Dah lama tak datang. Macam-macam ada. Kereta sewa, basikal sewa, Basikal letrik sewa. Eh.. banyak la ada.

Pakai kasut je....

angin bagai di pantai...


yang ini sejak bila ada pun tak tahu la.. siap ada yang menjual makanan ikan lagi. Banyak sangat. Semua tempat dia berkumpul. tunggu orang kasi makanan. Apa dalam tasik ni tiada makanan ke macam mana?

tapi dilarang pancing ya

Tengok budak-budak menari. crowded pulak taman ni hari minggu. Nasib kereta tak kena block. Agaknya lepas ni ada pulak tempat parking berbayar. 

ok bai
Powered by Blogger.