Bila selesai kerja

/
0 Comments
Okay. Harini kerja overtime. huhu. Baru habis kerja. Minggu lepas stop ambik tempahan design, minggu ni buka balik. Jadi yang ni customer dari minggu lepas. Dia sudi menunggu untuk slot design. Best-nya dapat bersukaria buat design harini. Huhu.

Tadi tak tengok Bimbo pun, sebab nak kejar buat kerja plus minggu akhir ni macam tak berapa nak best. Huhuu. ado ulangannya kan. Sekarang ni follow Descendants of the sun pulak. Cerita lain pejam mata je. yang ni mesti nak tengok. huhu. Suka la tengok cerita ni. Macam-macam elemen ada. acehh dah macam pakar pulak ber-elemen elemen. Episod masa gempar bumi tu memang best! Sampai pejam-pejam mata ni tengok, sebab takut dengan ke-ngerian yang seakan nyata. Huahhh best! Lama sangat tunggu episod baru, aku tengok dekat internet je. Cepat 2 episod dari siaran tv. Cerita pulak 2 kali je seminggu. Haihh.. saja buat orang suspen menunggu.

Tadi buat label untuk Pes masakan plus proses cetak untuk sticker doorgift. Sebenarnya aku tak tahu packaging dia macam mana, dia pun tak tunjuk. Jadi macam agak menunggu jugak la hasilnya nanti macam mana bila sudah ditampal pada bekas. Tak dapat bayang lagi.



Siap je design terus belek instagram. Dah beberapa hari tak berupdate. Kalau mesej dekat instagram tu memang kemungkinan besar akan lewat dibalas. Kalau direct whatsapp tu, InsyaAllah. cepat. Cuma kadang tu, bila dah baca.... aku terlupa nak reply. huhu. sorii..... katanya tunggu sebentar nak buat semakan harga, tapi terlupa laa... bila dah mengadap komputer tu, banyak benda pikir nak buat. Maafkan hamba.

 Buat template untuk update insta. Dorang kata instagram ada perubahan tapi masih tidak dapat dikenal pasti perubahan apakah itu.

Huhuu.. folder lama. Boleh nampak perubahan design nya itu. Comel-comel design ku dulu. huhu. kiut miut.

Okay Bai la. Nak makan. Nak tengok tv jap. Nak menari-nari sikit. hahaha.


No comments:

Powered by Blogger.