Blog design

/
0 Comments

Baru ni aku terima satu tempahan
design untuk blog template.
Direquest oleh previous customer.
Huhu. Dan juga doodle.

Aku belum pernah terima sebarang
tempahan berkaitan blog. Tapi jika
ada yang meletak kepercayaan,
apa salahnya. Ya tak.

File design masih ada dalam simpanan
jadi bahan proses buat blog tu
dah 20% ada.

Aku suka customer ni sebab suka
beri 100% kepercayaan untuk aku
buat design. Sentiasa berpuas hati
dengan hasilnya.

Bila kita suka dengan apa yang
kita buat, pasti hasil akhirnya lebih
berkualiti sebab kita beri yang
terbaik. Aku beri yang terbaik sebab
aku suka untuk membuatnya.

Biasanya bila kita keluar draft design,
Jika ada yang ingin membuat
penukaran... boleh kata 90% akan
pilih design awal yang diberi.

Pastu malu-malu sendiri.. hehe.

Percayalah. Sebelum nak update
design tu, dah banyak susunan kita
buat, pelbagai warna. Yang diupdate
adalah yang terbaik dipilih designer.

Kalau korang edit tu, dah carca merba
jadinya. Berserah je aku proceed
sambil air mata meleleh.

Bila korang edit hanya ikut pendapat
korang sahaja, rasa macam design tu
dah tiada nilainya. Susunan entah
kemana, snack makanan jadi
produk kesihatan pula.

Tapi kadang aku suka juga yang
teliti dan cerewet. Ops. Hehe.
Sebab dia buat design aku lebih
cantik. Haha. Dia tahu apa yang
diinginkan dalam design nya.

Ok bai. Tunggu hasil blog.

Sent by: tepon acik pius



No comments:

Powered by Blogger.